Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Gambar Kad Jemputan Kahwin Akma AF


Inilah Dia Gambar Kad Jemputan kahwin Akma AF. Tahniah kepada Akma yang akan menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan iaitu Farih Hamshi Dato’ Fatmi. Kad Undangan Akma bertemakan warna jingga dan nampaknya macam simple saja. Perkahwinan Akma Abdullah akan berlangsung pada 30 Jun ini. Majlis resepsi pula dijangka akan berlangsung di Dewan Kampo-Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras. Tahniah buat Akma dan keluarga menyambut orang baru. Semoga segala perancangan yang diatur untuk menempuh hari bahagia ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.


Sunday, June 3, 2012

(Gambar) Majlis Resepsi Fasha Sandha Di Perlis, Tasoh Lake Resort & Retreat

Baguih Fasha Sandha tak lupa negeri Perlis. Apabila Fasha memilih Majlis Resepsi di Tasoh Lake Resort & Retreat, secara tak langsung dapat la juga mempromosikan nama Empangan Timah Tasoh yang terletak di hujung negeri Perlis dah. Kalau nak ke Padang Besar dari arah Kangar akan lalu dan nampak Timah Tasoh ni. Bertuah Fasha & Jejai dapat bersanding bertiga.




 

Fasha menyerahkan segala persiapan dan persediaan untuk majlis resepsi ini kepada keluarganya yang sejak awal inginkan mereka mengadakan majlis di kampung halamannya. Keluarganya menjemput 800 tetamu saja di kalangan keluarga terdekat, sahabat rapat dan peminat dari kelab We Love Fasha Sandha yang terpilih.

Kata Fasha, meskipun diadakan di kawasan taman rekreasi terbuka seperti ini, majlis ini tidak terbuka kepada semua kerana keluarganya inginkan kesederhanaan.

Friday, May 4, 2012

(GAMBAR) Majlis Pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya






Akhirnya, yang dinanti-nantikan telah selesai dan selamat dilangsungkan. So aku cover sikit pasal si jejaka idaman Scha ini untuk pengunjung blog ini. Awal Ashaari yang sebentar tadi telah sah menjadi suami kepada Scha Al Yahya dengan sekali lafaz sahaja. Mas kahwin pernikahan pasangan pengantin ini ialah sebanyak RM2050. Scha telah diwalikan oleh ayahnya sendiri. Majlis dilangsungkan selepas jam 9 malam tadi. Ada gambar lagi, akan aku update, dengan info lebih lanjut.

Gambar seterusnya nanti ada hantaran-hantaran pernikahan, gambar Awal berpeluh semasa majlis akad nikah,gambar Awal seronok dah lafaz nikah dan berdoa sambil berdongak, gambar Scha yang tak nangis pun..dan banyak lagi..tunggu selepas ini yer..



Wednesday, May 2, 2012

Gambar Majlis Sanding Azza & Watie Elite



Pasangan kontroversi, Norwati Sadali atau Watie Elite dan suaminya, Zulkifli Daud (Joey) akhirnya mendedahkan tarikh pernikahan sebenar mereka selepas hampir lima bulan berteka-teki dengan pihak media.

Watie, 35, berkata, dia dan Joey telah selamat bernikah pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa di sini dengan berwalikan adiknya iaitu Mohd Nor Azni Sadali.

"Ada banyak sebab mengapa kami enggan mendedahkan mengenai pernikahan kami kepada pihak media pada masa itu walaupun sebenarnya ingin berterus terang.

"Bagaimanapun semuanya telah selesai dengan baik dan diharapkan penjelasan ini telah menjernihkan keadaan," ujarnya kepada mStar Online.

Watie dan Joey, 38, ditemui ketika diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir.



Sumber: Mstar


Friday, April 27, 2012

Kad Kahwin Scha Alyahya dan Awal Ashaari


Kredit gambar: Twitter Meenzuleyka
 
Minggu depan, sepasang lagi pasangan artis yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan. Jangan lupa korang semua ikuti majlis pernikahan mereka pada Jumaat depan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria nanti. Kad kahwin Awal Ashaari dan Scha Al Yahya sudah diedarkan, pasti berdebar-debar perasaan mereka berdua menunggu saat bahagia itu yang lebih kurang seminggu jer lagi. Peminat scha dan awal juga pasti teruja untuk melihat perkahwinan yang gilang gemilang itu nanti kan. 
 

Saturday, March 17, 2012

Gambar Cun Fasha Sandha Bergaun Pengantin

wow..itu jer lah yang boleh aku ungkapkan. Macam princess gitu.. seri bakal pengantin baru la kata kan. teringin juga aku nak nengok si Fasha ni, agak-agaknya dia buat ker Majlis resepsi kat Perlis nanti ekkk. Macam la dia nak jemput aku kan duk sibuk sangat menanya tuh.. tapi bertuah lah hang Fasha oiiiii dapat laki kaya camtu.. dapat bayangkan tak camne princess Fasha Sandha naik Lamborghini si Jejai. Btw, tahniah buat Fasha & Jejai yang bakal ke jinjang pelamin tak lama lagi. Kredit Foto FB welovefs












Thursday, March 15, 2012

Gambar Majlis Resepsi Dato Malek Noor Di Kota Bharu


Gambar di bawah merupakan majlis resepsi Dato Malek Noor & Datin Dr. Wan Asma yang diadakan di Hotel Renaisance, Kota Bharu, Kelantan. Kelihatan, tetamu yang turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz. Kredit foto kepada thehuruhara.com.



[13 Gambar] Scha Al Yahya Berpakaian Pengantin

Dengan memperagakan busana pengantin adakah Scha memberikan bayangan yang beliau akan menamatkan zaman solonya dalam masa yang terdekat ini. Jika wajah dah cantik, memperagakan rekaan busana pengantin lagi la akan tampak cantik dan anggun. Ditambah pula dengan seri 'mood' hati yang senang dan gembira, akan menyerlahkan lagi gorgeous Scha Al Yahya. 13 gambar di bawah, Scha memperagakan Busana Pengantin dari Syaiful Brides.

kredit gambar kepada Syaiful Brides





Saturday, February 25, 2012

Gambar Kawin Ana Raffali



Dengan sekali lafaz, penyanyi Ana Raffali, 26, sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas menyulam cinta selama tujuh tahun.Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati,kira-kira pukul 12 tengah hari Sabtu.


Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi. Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM11,412 sebagai mas kahwin dan wang hantaran daripada pihak lelaki. Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki adalah seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.








Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...