Saturday, February 25, 2012

Gambar Kawin Ana Raffali



Dengan sekali lafaz, penyanyi Ana Raffali, 26, sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas menyulam cinta selama tujuh tahun.Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati,kira-kira pukul 12 tengah hari Sabtu.


Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi. Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM11,412 sebagai mas kahwin dan wang hantaran daripada pihak lelaki. Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki adalah seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.








No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...