Ibu bapa kita membesarkan kita, mendidik kita dan menjaga kita sehingga kita menjadi apa yang kita jadi pada hari ini. Mungkin ada dikalangan kita terdetik banyak kekurangan ibu bapa kita...atau kerana sikap 'orang tua' kita yang mungkin sentiasa betul..'lebih awal makan garam' dan sebagainya. Ya aku akui mesti ada yang kurang, terkurang atau serba kekurangan baik dari segi didikan agama dan amalan seharian mahupun keperluan makan minum, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya. Jangan begitu, ibu bapa kita juga manusia biasa tidak terlepas dari melakukan salah dan silap, sama ada secara disedari atau tidak. Apa yang lebih mustahak...doakan kebaikan untuk mereka.
Doa Untuk Ibu Bapa:
Doalah kebaikan untuk mereka, ibadah mereka dan semoga usia mereka diberkati Allah swt.
Tak kira ketika mereka masih hidup ataupun telah kembali kepada-Nya.
Ingatlah, kita semestinya mengharapkan perkara yang sama daripada anak-anak kita kelak apabila mereka telah akil baligh.
Mohon sama-sama kita kongsikan bersama (untuk kita saling mengingati)...
7 comments:
semoga allah...mendengarkan segala do'a-do'a kita,,
dan di ampuni segala dosa ke dua orang tua kita.
Info yg menarik!!
Bagus untuk perkongsian bersama ^_^
Memang TERBAIK!!
terbaik.my: tq,sila datang lagi..
ooo... macam tu....
Mat share entri ini di blog Mat ye... harap pemilik blog halalkan :)
copytampal.com
Mat.. silalah lagipun dah share kan..asalkan backlink, ambiklah mana2 info
thanks..
saya nak share..nnti kredit kat awak..
Post a Comment