Kali ni, kasihsalina nak kongsi cerita orang-orang gemuk kat dunia nih.. takutnya tengok rupa saiz manusia gemuk ni.. agak-agaknya, apa yang mereka makan ye sampai jadi berat badan berlebihan..
1. Carol Yager
Menurut sumber yang tidak sahih, Carol Yager adalah manusia paling berat dalam sejarah dan mempunyai rekod terberat yang pernah dicapainya adalah 727 kg. Menjadi terkenal apabila beliau berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 236 kg dalam masa 3 bulan sahaja dengan mengikut diet yang ketat. Dimasukkan ke hospital kerana ada jangkitan bakteria yang menyebabkan kulitnya bermasalah. Juga, tidak mampu untuk berdiri ataupun berjalan kerana ototnya tidak mampu menampung berat badannya. Beliau meninggal dunia pada usia 34 disebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi dan obesiti melampau.
2. John Brower Minnoch
Sepanjang hidup beliau, pernah mencecah berat badan sehingga 635 kg. Ketika berumur 12 tahun berat badannya mencecah 132 kg. Pernah turun berat badan kepada 419 kg setelah menjalani diet yang ketat dalam masa setahun 4 bulan tapi malangnya berat badan beliau naik mendadak sehingga 2 kali ganda. Beliau juga berkahwin dengan wanita yang beratnya normal dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Akhirnya, meninggal dunia pada 10 September 1983 diusia 42 tahun.
3. Rosalie Bradford
Rosalie memang suka makan sejak kecil lagi dan ketika berumur 14 tahun beratnya mencapai 92kg. Pada usia 15 tahun beratnya sudah menjadi 140 kg. Selepas berkahwin, Rosalie banyak menghabiskan masa di rumah menyebabkan berat badannya meningkat. Beliau pernah cuba untuk membunuh diri akibat dari rasa tertekan dengan berat badannya.
Berat maksimum yang pernah dicapai adalah 544 kg. Atas nasihat keluarga dan kawan-kawan, Rosalie berjaya menurunkan berat badan menjadi 136 kg. Meninggal dunia pada 29 November 2006 diusia 63 tahun.
4. Walter Hudson
Walter dilahirkan di Brooklyn, New York. Mencapai berat maksimum sebanyak 544 kg dan pernah tersekat di pintu biliknya hinggakan pasukan penyelamat terpaksa memecahkan dinding biliknya. Walter juga pernah mengatakan bahawa ‘dia makan ape sahaja, dan menikmatinya..dan akhirnya, telah meninggal dunia seminggu selepas mengumumkan bahawa dia akan berkahwin.. sadissss nya kan..
4. Manuel Uribe
Pernah mencapai berat badan maksimum iaitu 597 kg diusia 35 tahun. Pada 2006, dia berazam untuk mengubah hidupnya dan berjaya menurunkan berat badannya kepada 360 kg dalam tempoh 2 tahun. Sepertimana manusia berat yang lain, Manuel menjalani kehidupan yang sukar dan terpaksa berada dalam bilik sahaja selama 8 tahun sejak 2001 hingga 2009. Akhirnya, mempunyai keluarga dan berkahwin 'in bed' dengan Claudia pada 26 Oktober 2008. Tiada rekod pun yang menyatakan Manuel ni meninggal ataupun tidak. Menasihat orang lain supaya jangan mengamalkan makan 'junk food' dan mengambil contoh dirinya sendiri yang terlampau ketagih dengan 'junk food'.
P/s: amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat, Insyallah akan terhindar dari masalah obesiti.
9 comments:
di takdir kan mereka begitu...kita perlu syukur apa yg kita ada...
mcm mn la hidup mereka kn? yg sy tau no.5 tu da kurus.. hidup kembali normal
besar banget tubuh nya,,,seram untuk melihatnya,,,
M@w@r: yup..bersyukur dgn diri kita sekarang..
anies: mesti idup sengsara jgak tu sebab pergerakan terbatas kan..
ehem kesian mama tgk mereka ni..
mama:betol tu mama,maybe amalan pemakanan sejak kecil kot..
kasian badan-nya gede banget...
segala sesuatu yang berlebihan memang tidak baik termasuk masalah berat badan ini
Post a Comment