Sekadar hiasan... |
Pernah tak korang tengok orang membelok mendadak? Tengah-tengah dia bawa laju terus belok ke kiri tepi jalan (mungkin nak terkencing sangat dah tu...haish!). Selalu sangat kita tengok pemandu buat macam tu, mungkin dia ingat orang tahu dia nak belok kiri atau kanan...ataupun dia ingat takde siapa berani nak hon dia ke apa...(kalau kena kat hubby aku..sepanjang jalan orang tu kena HON!).
Masalahnye, bila dah dalam keadaan mendadak membelok..siapa2 pun akan terkejut dan nak tak nak tertekan brek dengan kuat..kesannya, mungkin berlaku pelanggaran dengan kereta lain...baik depan, belakang..yang paling bahaya kalau masuk lorong bertentangan..maut menunggu!
Situasi yang kurang bahaya sikit, aku bagi contoh..di simpang tiga (simpang bentuk huruf 'T') yang takde lampu isyarat tu..kita dalam kedudukan nak belok ke kanan, tapi kena menunggu kejap sebab ada kenderaan lain dari arah kanan nak lalu..punya lah kita menunggu dia nak lalu depan kita sebab jalan lurus..rupa-rupanya dia nak membelok ke kiri (ke arah jalan kita)..nampak macam kurang ajar yer tak? Yang bestnya benda ni banyak berlaku dalam universiti tempat aku 'cari makan'..staf biasa ada, student ada..staf akademik pun sama...muka semua aku kenal...
Jadi kesimpulannya, yang tak bagi isyarat membelok ni..tak kira dia naik Wish ker..Alphard ker..atau Kancil takpun motorsikal jer..mereka ni orang yang KURANG AJAR!. Ada korang kenal sebahagian daripada mereka..harap tidak...
9 comments:
bkn setakat nk membelok je kak, msk lane lain pon sm...dr lane kanan nk msk lane ke3 or 4...menyirap gak sy..kalu signal x pe gak...
yer betul tu, mmg byk nk sentuh bab atas jalan raya ni..huhu
memang hampeh la orang camtu.saya sebagai engineer kilang pembuat lampu keta lagi la sakit hati.wat letih kitorang je buat lampu tu ada signal tapi orang tak reti nak guna.
heh heh..takper kilang tak terlibat hal mcm ni dia tak kisah janji untung ada..yg penting zero defect..man hour without lost..lean atau kaizen..
ehem..susah kan kalau jumpa pemandu yg kurang ajar begitu..hu2x..
Itulah mama, kadang2 rasa macam merekalah penyebab kemalangan jalan raya...
itu namanya orang terlebih pandai...
jaha..terkurang sebenarnyer tu..hihi
haha memang bengang la orang x bagi signal ni. tp kdg2 nak wat relax, pikir positif je. "lampu signal dia rosak kotttt..."
Post a Comment