Friday, February 10, 2012

Semak Keputusan Online Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)




Hari ni dah 10 Februari 2012, sebenarnya adalah tarikh akhir untuk membuat rayuan bagi yang tidak berjaya mendapat BR1M ini. Masalahnya, kebanyakan daripada pemohon masih tak dapat lagi surat pemberitahuan melalui pos. Bagi yang dah cuba call ke talian 'panas' BR1M pun dah tahu macam mana peritnya nak dapat bercakap dengan operator.

Talian 'panas' BR1M adalah 1-800-222-500 dan 1-300-88-3010.
Nak semak guna emel pun boleh dengan guna alamat ni belanjawan2012@treasury.gov.my.



Jadi, macam mana yang dah dapat surat dan gagal dalam permohonannya untuk membuat rayuan? Adakah pihak berkenaan peka dengan perkara ini? Tahu tak mereka bukan semua warga berpendapatan sederhana dan rendah mempunyai talian Internet di rumah untuk cuba cari (atau pandai cari) laman web seperti LHDN atau blog KasihSalina.com ni (ehem...), malah tempat kerja pun belum tentu ada jika pekerjaannya tidak melibatkan kerja-kerja pejabat. 

Memang tak semua daripada target 5 juta lebih yang dikatakan layak 'hingin' nak memohon disebabkan faktor utama iaitu 'fahaman politik', namun aku pasti ramai yang akan 'pejam mata' untuk mendapatkan duit bantuan ni, bukan kerana nak gadaikan prinsip mereka..tetapi duit ni dah dikira sebagai 'hak rakyat' bila dah diumumkan macam tu tempoh hari. Terpulanglah untuk dibelanjakan dengan apa cara sekalipun, cuma masalahnya, bagi yang layak tapi belum dapat keputusan tak apa lagi, tapi bagaimana dengan yang mungkin gagal tapi dah tak sempat nak buat rayuan lagi hari ini!



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...