Mencintai Rasullah adalah sebahagian syarat kesempurnaan Iman. Firman Allah S.W.T.
"Jika kamu mencintai Allah, ikutilah Aku (Nabi), maka Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu (Ali-Imran:31)."
Hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. tidak seharusnya diingat dan dihayati seperti mana yang biasa diamalkan oleh kebanyakan kita apabila menyambut hari lahir pada hari ini.
Perkara terpenting ialah bagaimana setiap peristiwa yang boleh mengingatkan kita kepada baginda dapat dimanfaatkan untuk mendorong kita untuk mempraktikkan sunnah baginda S.A.W.
Sempena Maulidur Rasul ini, marilah sama-sama kita sebagai umat Islam dapat mengambil peluang kedatangan bulan kelahiran Rasullah s.a.w. ini untuk kembali membangkit dan menyubur rasa cinta kepadanya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menepati ajaran sunnahnya.
Antara ma'aman ahbabta(Engkau berserta orang yang engkau cinta)
Semoga kita dapat bersama Rasullah s.a.w di syurga nanti, Insyallah.
5 comments:
salam maulidur rasul dr mama juga buat salina..semuga kita sama2 menghayati erti `maulidur rasul`..
salam maulidur rasul.. insyaallah.. moge hidup kite sntiase mgingati nabi junjugn kite.. :)
salam maulidur rasul..
cuti blk kg ke?
salam maulidur rasul.. :) visit me back k :)
salam maulidur rasul juga buat MAMA AINI, MAKCIK, KHAIRIN:ANIES & MISS DAYA...
Post a Comment