Umum mengetahui penyanyi berusia 27 tahun ni mula mengenakan hijab sejak Maulidur Rasul yang lalu. Apa yang kita tahu lah, keinginan untuk bertudung lahir daripada hatinya yang ikhlas dan bukannya dengan niat untuk menunjuk-nunjuk. Puji sikap Ana Raffali yang berani untuk berhijrah, tambah lagi dah nak kawin mestilah bakal suami bertambah suka dengan penampilan baru Ana ni..
Ana sudah mengedar kad kawinnya, simple but nice..sape yang belum lagi tengok kad kawin Ana Raffali,
Klik sini ye.. hanya tinggal 11 hari sahaja lagi sebelum menamatkan zaman bujangnya, pasti Ana sibuk menyediakan persiapan perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada 25 Februari ini di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Istimewanya, Ana sendiri akan menggubah hantaran dan memilih warna tema perak putih untuk sembilan dulang hantaran yang akan diberikan kepada bakal suaminya, Ana bakal tampil dengan dua persalinan rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail dan Safura Azali. Di samping itu, anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini juga bakal menggayakan kasut rekaan Neelofa. Tahniah jugak buat Neelofa yang semakin meningkat naik namanya, apatah lagi sebelum ni dah menaja kasut untuk Penyanyi Ezlyn masa majlis resepsi penyanyi tersebut.
Memilih masjid sebagai tempat pernikahan kerana menurut Ana dia cuma nak buat majlis yang sederhana saja, hanya bertujuan memberitahu orang ramai dirinya sudah berumah tangga. Amat sukar untuk mencari orang yang berfikiran seperti Ana Raffali ini. Biasanya, orang akan buat berlebih-lebihan untuk Majlis Kawin. Apa-apa pun terpulang kepada diri dan kemampuan masing-masing.
Tahniah Buat Ana Raffali & Naim
4 comments:
dkt da dgn umah sy tu..kalu rajin nt sy p skodeng majlis depa hehehe
wahh keren banget tuh...
anies:yeke..buat la rajin nk pi skodeng tu..jadi mamarazi sat no..blh kongsi2 picture k..
obat tradisional:tak faham la..apa keren tu..sori ya..
Post a Comment