Rasa pelik dan aneh bunyinya 'Bersahabat Dengan Lemak Untuk Kekal Langsing'. Biar betol kan, biasanya orang perempuan yang sentiasa nak menampakkan dirinya sentiasa langsing, sebut jer benda berlemak mesti fobia dan menakutkan bagi mereka. Tapi tahukah kita tidak semua lemak tu jahat dan ada juga lemak baik untuk kesihatan tubuh manusia. Lemak merupakan nutrisi dalam makanan yang digunakan oleh tubuh sebagai sumber tenaga. Ia berfungsi membentuk jaringan saraf dan hormon.
Antara lemak-lemak baik yang memberi manfaat kepada tubuh kita seperti:
Keju: Tahukah kita bahawa keju mengandungi lemak dan protein yang tinggi. Sebenarnya, keju baik untuk diet kerana keju dapat memelihara perut dari rasa lapar dan membuatkan perut kita rasa kenyang. Tapi ingat, jangan diambil secara berlebihan, cukuplah sekadar dimakan sebagai perisa / pendamping dalam salad ataupun dijadikan makanan tambahan dalam sandwich atau kudapan.
Kacang: Sama seperti keju, kombinasi lemak, protein dan serat di dalam kacang boleh membuatkan kita rasa kenyang. Disamping itu, kacang juga mengandungi lemak tak tepu yang cepat terbakar. Bedasarkan sebuah kajian, orang yang makan kacang mempunyai berat badan yang lebih rendah daripada orang yang tidak makan kacang.
Avokado: Mengandungi lemak yang tinggi jika dibandingkan dengan buahan yang lain. Namun, disebabkan hanya lemak tak tepu tunggal berada di dalamnya (omega-9), avokado boleh menurunkan kolestrol jahat di dalam tubuh.
Coklat Hitam: Mesti ramai yang belum mengetahuinya lagi bahawa kita kena bersahabat dengan coklat hitam atau coklat gelap ketika anda sedang berdiet. Sebabnya, kandungan lemak tak tepu coklat ini cukup tinggi untuk menurunkan kolesterol. Untuk menikmatinya dengan cara yang lebih sihat, cairkan coklat tersebut dan celupkan buah-buahan seperti strawberry sebagai kudapan yang menyihatkan untuk dimakan.
2 comments:
suka makan keju.huhu
rozuan:samalah kita..anak akak yg 1st tu lg la,memang hantu cheese..tp jgn la mkn berlebihan plak ye..
Post a Comment