Cendekiawan Islam, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah menyatakan kecewaan beliau dengan pemimpin yang ada sekarang kerana tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri dengan ajaran Islam sebenarnya. Agak-agaknya panas tak telinga pemimpin Islam di Malaysia ni. Adakah tidak layak Cendekiawan Islam seperti Dr. Ridhuan Tee untuk menegur seorang pemimpin yang sama tarafnya dengan insan biasa disisi Allah s.w.t. Sepatutnya, pemimpin & keluarga beliau menjadi role model kepada rakyat jelata, tapi apa yang kita lihat sebaliknya.
Berikut adalah petikan kata-kata dari Dr. Ridhuan Tee Abdullah:
“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya,
bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat
demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga
kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.
“Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan
sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri,
saya rasa ia juga memang pelik,” katanya semasa membentangkan kertas
kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama,
Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional
berkata, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara,
namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah,
perkara ini menunjukkan ada tidak kena.
Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.
Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan,
katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu
menjadi perbualan.
“Begitu juga jika isteri atau suami mengetahui ahli keluarga mereka
melakukan maksiat dan perbuatan tidak bermoral, mereka perlu menegur,
bukannya mempertahankan apa yang dilakukan itu.
Teguran ini rasanya sama dengan isi surat dari Seorang Pelajar kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Untuk lihat surat tersebut, klik Di SINI.
14 comments:
Amat terang dan nyata di depan mata kita sekarang nie itulah hakikat yg terjadi...
bkn x tegur kak tp bla tegur nnt terancam la periuk nasi...kn banned sn sini
sebelum memimpin orang lain,pimpin dulu diri sendiri ke jalan yang benar menurut syariat islam
orang sekarang tak nmpk..buta..tk tau la nmpk..selalu sangat disogokkan duit rasenye.tgk sendiri para ulamak yang ada macam mana isteri dan anak2 dorang?sepatutnya ulamak yg layak memimpin negara klu ditengokkn keadaan sekarang ni.
bila baca balik dan pikir sejenak..
betul jgk kan apa yg dr ridhuan tee abdullah katakn tuh..
apa yang prof buat tu memang betul. apa yang dia cakap pun betul. kalau sebagai pemimpin tunjuk contoh tak betul, buat menda tak betul mesti la rakyat pun terikut sama kan? lagilah budak-budak yang anggap mereka ni idola. kan susah~
tapi tak ada sesiapa yang berani tegur sebab takut tergugat sumber rezeki agaknya.
ehem..satu teguran yg tulus dr dr ridhuan tee..mama kagum dgn beliau, dia pernah diundang utk memberi ceramah kat office mama dulu..hu2x..
kakzakie: betul tu kak..diorang macam tak rasa bersalah kan!
khairin: betul kata khairin tu..bila dah tegur, rasa diri terancam la pulak..
obat diare:yup..semestinya memimpin diri sendiri & keluarga terlebih dahulu, barulah boleh jadi pemimpin yg sebenar-benarnya..insyallah..
nabiel: kita negara islam, kenalah memimpin berlandaskan syariat Islam..adakah mereka ni memahami Islam yang sebenar-benarnya kan?
are-Na: ye..memang betol semuanya kan..
dhiera: agaknya sesetangah org tu takut utk menegur..semoga generasi muda kita tidak terikut dgn sikap & perangai kebaratan pemimpin Malaysia..takut rosak bangsa & negara kita yg tercinta..
mama: saya pun kagum dgn dr Ridhuan Tee sebab dia lantang bersuara & berani menegur untuk kebaikan bersama..semoga beliau terus berjuang..
Post a Comment