Thursday, January 26, 2012

Shopping di Padang Besar, Perlis

Kamila dah ready ni Abah...(dengan beg dia Angry Bird tu dan beg adik)
Selasa lepas kami ke Padang Besar, Perlis yang betul2 bersempadan dengan Thailand, dari rumah kami di pekan Changlun lebih kurang 35Km je. Kakak (Kamila) yang paling bersemangat, walaupun dia tak faham lagi nak ke mana petang tu...

Ni view yang cantik, sampai ke kawasan ladang tebu Chuping...
Kami bertolak 4.00PM. Biasanya akan ikut laluan ke ladang tebu Chuping (ladang tebu yang terbesar di Malaysia). Cuma masa awal2 sampai kat kawasan ladang ni dari arah kampus baru Univ. Malaysia Perlis (UniMaP), kawasan yang dulunya penuh dengan tanaman tebu dah bertukar ke ladang getah... Anyway view kat sini,..memang cantik sangat, terutamanya selepas kita melepasi kawalan UPP (yang cegah penyeludupan tu), ladang tebunya seluas mata memandang.

Kalau ikut Kangar-Padang Besar akan terasa jauh sebab kami datang dari arah Changlun, Kedah. 4-5 tahun dulu jalan ni tak sebesar dan bagus macam kt gambar atas tu, nak-nak masa dia tengah bina jalan baru..masa tu punyalah berhabuk..selisih lori besar, kereta berhimpit kiri kanan, jentera lagi. Apapun masa tu orang still ke Padang Besar lagi dek kerana tarikan yang dia.

Tengok pic ni tau dah kat area mana, lepas trafik lite ni belok kanan jer..
On the way tu berselisih dengan banyak kenderaan nak balik ke destinasi masing2 (banyak Plat No. W**, J**, C**, A**)..lagipun masa ni masih cuti perayaan lagi.

Kenderaan parking sampai simpang ke Balai Polis Padang Besar, kat sini parking free. Masuk dalam kena caj RM2
Bila dah sampai, tempat pertama biasanya orang tuju yang paling dekat dengan parking lot kereta, atau deretan kedai2 yang menjual pelbagai barang2 seperti pakaian (pakaian baby, kanak2 memang best sini macam yang orang jual dalam Facebook tu), hiasan rumah, jersi bola sepak (gred 3A), makanan ringan (keropok, kekacang, kerepek, manisan dsb), comforter/ toto, hiasan gaya Inggeris, beg tangan, kelengkapan rumah, patung2 comel, teddy bear kecik besar..macam2 lah...kebanyakannya barang2 dari Thailand dibawa ke sini..murah2 belaka!

Jangan lupa ke kompleks membeli-belah 2 tingkat yang terletak kat tengah2 kawasan ni, jangan ingat macam Shopping Complex kat bandar pulak yer..nanti tengok pics kat bawah mcm mana rupanyer..

Seluar ni beli untuk Adik (Kasyif)..
Salah satu antara banyak2 kedai menjual pakaian baby dan kanak2..yang ni masa kat kompleks tu..
Stokin baby..cantik-cantik
Haa..nampak tu masih ramai orang walaupun dah lewat petang..masa cuti sekolah/ perayaan macam nilah banyak stok barang baru sampai...
Salah satu gambar masa kat kedai jual jersi bola sepak, kebanyakannya yang liga BPL, Spanish Primera, Serie A Italy..
Kalau kat kedai jual jersi bola, hubby lah yang suka pi tengok walaupun kadang2 tak beli apa..dia suka belek..tanya stok ada ke tak, tanya dan compare harga 'baik'..tengok kualiti kain/ design lagi..macam2 lah..janji puas dapat pegang haha. Lagipun sebelum ni dia dah sambar jersi Barcelona (home)..

Harga toksah berkira..memang murah sangat compare dgn kualiti dekat sini memang 'terbaekkk'..barang memang macam original. Sebab tu orang sebelah Selatan sanggup cari sampai sini huhu.Jersi yang antara paling laku ialah dari kelab Queen Park Rangers (QPR) yang bos AirAsia beli tu...Jersi Harimau Malaya pun tak putus2 stok.

Kamila nak baju ni...
Barang 'kemas' pun berlambak kat sini...
Nah sapa ada anak lelaki, ambik ni..Liverpool pun takper..yang kelab lain pun banyak lagi
Kedai jubah..jubah lelaki dan wanita semua ada, datang dari negara Arab sana..kualiti best!
Haa..yang ni gambar adik masa kat taman permainan..balik dari 'bershopping segan'..bukan shopping sakan huhu.
Okay puas tengok gambar dah..nanti aku upload lagi kalau ada yang menarik..nak kena pilih2 dulu.. 

Sikit info kalau nak datang kat sini jangan datang lewat..kalau awal biarlah seawal 8 pagi..lepak breakfast dulu..kedai makan keliling ada. Kalau dah nak tengahari sampai petang memang jem time cuti sekolah. Lewat petang macam 4-5PM dah kira ok. Hari lain weekday atau weekend kalau bukan cuti sekolah/ perayaan takper. Kalau yg datang dari jauh, bawa duit lebih..nanti sampai sini menyesal tak sudah. Kalau tak mampu tahan dugaan..jangan datang..beli kat Facebook jer..hehe.

Boleh Share kat FB macam biasa tekan button atas kat tajuk post ni..Kalau nak tahu harga..sila tinggalkan komen kat bawah...

21 comments:

Kakzakie said...

Kakak belum pernah sampai sini. Tengok jubah tu kakak suka macam kat Mekah pulak ye... teringat kat sanalah Salina..

Alin's In D House said...

wa! teringat masa belajar dulu2 masa dekat UUM selalu jgk turun padang besar nie. jalan dah cantiklar, siap dah tanam pokok getah lagik.Bilalar nak datang lagik situ...

Salina said...

Salam Kakzakie, jubah dia mmg cantik2, yg jubah lelaki pn hubby saya suka tgk..label kat dalam siap tulisan Arab lagi..tapi x sure pulak negara mana...

Salina said...

Alin, tahun berapa masuk UUM?..biasalar tu budak2 UUM mmg tak sah kalau tak pi Padang Besar ni..lgpun kt tempat dekat ni (Bukit Kayu Hitam) tak sehebat mana..

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

oooo somi sy selalu cite pasal ldang tebu tu sbb dia selalu g unimap.semalam dia ke sana n arini balik

dia ade ajak sy g perlis sekali next time..saje tgk2 tempat org..:-)

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

opps..salam kenal juga dari saya..comel2 anak salina..nak2 lagi si kakak tu..comel

nazirah said...

bestnye da lama tak pergi padang besar.. best2..suke beli tedy bear kat situ cantik2 dan murah ;)

Ibulala said...

Hi slm kenal. I follow ye. Br bercadang nak pegi sana tp x tau tempat yg nk dituju. Nanti boleh refer dgn awak kn..

Salina said...

Salam rose, thanks jenguk. Baby akan comey lar..

Salina said...

nazirah..ni mesti org jauh kalau dh lama tak ke padang besar..

Salina said...

Ibulala, kalau ada plan tu, cakap je..insya-Allah kami bantu kalau nak cari tempat penginapan murah, atau nk tanya arah jalan..

Alin's In D House said...

Alin tahun 2003 masuk uum. huhuhu memanglar bukit kayu hitam bukan best sangat pon.... Biler pegi padang besar, Siap pekena ikan bakar lagi kat perlis... tak bole lupelar!

Daniela said...

kak.. sy tak pernah pergi... nampak best je!!!...

mama aini said...

assalam salina..ehem bestnya rumah dekat dgn padang besar !!!..tiap2 hari bolih shopping sakan kat sana.. :)

Salina said...

Alin, tu namanyer kenangan terindah..
Daniela..satu hari nanti mesti ada peluang tu, best atau tak mungkin tak semua pandangan sama..

Salina said...

Mama, ni yg tak tahan juga..memang byk shopping complex kat Alor Setar, pekan terdekat Jitra pun tak kurang..tapi Padang Besar ni ada daya tarikan yg lain..kalau tak, manakan jem tiap cuti sekolah..nak parking kena jauh2 dalam 200-300 meter dari pusat komersil dia

Huzaina Hashim said...

kalau blk kg selalu juga shopping kat padang besar nie...dh lama dh x jalan2 kat sini...salam kenal dr sy...:-)

Salina said...

Huzaina: tq sudi bertandang..orang perlis ekk..memang best kan kat padang besar..kalo kami dah tak duduk sini nanti, mesti rindu dengan bumi Kedah n Perlis ni..

Huzaina Hashim said...

Salina:Akak org kedah...tp cari makan kat Pahang nie....mmg best kalau dpt shopping kat padang besar nie...hehehehe:-)

..::..aRe-Na..::.. said...

padang besar memang beh kan akak..ana pon dh 3kali da smp sana..sgt bbaloi-baloiii ke sna

VampyR GrrL said...

Hi...is there any hari cuti buat bazaar dan pasar tu?

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...