Friday, January 20, 2012

Gambar Perkahwinan Ally Iskandar Dan Blogger Farah Lee



Kredit gambar : Twitter @ellarif


 Sumber: Twitter @ellarif

Tepat jam 10.03 minit pagi tadi, pengacara MHI tv3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah selamat diijab kabulkan dengan Nurfarahin Binti Romli, 22 yang diadakan di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Manakala, Nurfarahin atau Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Dianggar lebih 100 jemputan yang hadir di Masjid Kristal ini bagi menyaksikan pasangan pegantin.


2 comments:

Dayu Artis Inai Pengantin said...

Salam Salina,

Mohon share pautan blog Salina di Facebook page dayu ya di http://www.facebook.com/dayudesigns

Terima kasih.

Salina said...

Baiklah..terima kasih, semoga benda baik dapat dikongsikan..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...