Thursday, January 12, 2012

[Takziah] Kekanda Sultan Pahang Mangkat

gambar: kredit utusan
Allahyarham Kekanda Sultan Pahang mangkat pada kira-kira jam 5.30 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sejak seminggu lalu. Jenazah kekanda sulung Sultan Pahang, Allahyarham Tengku Ainon Jamil Almarhum Sultan Abu Bakar, selamat disemadikan di Makam Diraja Pekan kira-kira jam 4 petang tadi.

Diputerikan pada 3 Jun 1927, Allahyarham merupakan anakanda sulung kepada Almarhum Sultan Abu Bakar bersama isterinya, Raja Fatimah Paduka Seri Sultan Iskandar Shah.

Pernah bergelar Tengku Ampuan Besar Terengganu, apabila berkahwin dengan Almarhum Paduka Sri Tuanku Sultan AliShah Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Allahyarham meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Tengku Datuk Iskandar AbuBakar Tengku Ali, Tengku Aisha dan Tengku Afzam (Hizan).
Sumber: BH online

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...