Saturday, January 14, 2012

Keputusan Liga Super dan Liga Perdana 2012: 13 Januari

Liga Super. Alahai, nampak seperti Kelantan tak cukup kuat musim ini. Segar dengan kemenangan di Std Jalan Besar, Singapura baru2 ini, Kelantan dan PKNS Selangor sekadar seri 1-1 pada perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Tiada gol pada first half. Selepas pemain import baru mereka Muhammad Ghaddar serta Indra Putra dan Nur Farhan masuk pada separuh masa kedua barulah second half nampak rancak sikit. Dikatakan lebih 10,000 penonton hadir, akhirnya Kelantan berjaya mencari gol pertama hasil rembatan kencang ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-70.
Namun pada minit ke-78 PKNS dihadiahkan sepakan penalti yang dilangsaikan oleh Fauzan Dziulkifli untuk menyamakan kedudukan sehinggan tamat perlawanan.

Liga Perdana. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menang besar setelah membelasah Majlis Bandaraya Johor Bharu 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar.
Pos Malaysia pun kenduri besar membaham Majlis Perbandaran Muar 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Pahang pula menewaskan Harimau Muda 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menewaskan pasukan USM FC 2-0.
Pasukan baru, Negeri Sembilan Betaria mencatat keputusan seri 1-1 kepada Johor di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Perlis pula adoyai kalah lagi apabila tewas 1-2 kepada Sime Darby di Stadium Utama, Kangar.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...