Saturday, January 28, 2012

Jalan-jalan ke Kuala Perlis Jer Termampu...

Semalam, Jumaat petang kami sekali lagi ke Perlis kali ni menuju ke Kuala Perlis sekadar nak memenuhi hujung minggu..(Kedah kan cuti Jumaat & Sabtu). Perjalanan ambik masa lebih kurang 40 minit..itupun kalau bawa 80-90km/j. Hati2 sikit, kawasan ni lubuk emas speed trap. Lokasi tetap bawah jejambat yang paling dekat dengan kampus tetap UniMaP...atau lain2 jejambat.

Beberapa pics ketika dalam perjalanan kami (ikut susunan):

Sawah padi terbentang luas sepanjang jalan ke Kuala Perlis...

Sempat juga merakamkan aksi jentera ni bekerja...

Sampai kat Kuala Perlis, ini adalah lokasi utama nak menjamu selera dengan 'Sea Food" fresh

Sepanjang tepi laut ni berdekatan tempat makan ada laluan pejalan kali, nak joging pun best

Cantik view masjid tu kan, sebelah kanan tempat makan2

Hotel Brasmana ni yang paling dekat dengan tempat makan tadi...
Kat Hotel Brasmana ni lah tempat pelakon terkenal Ezani buat majlis resepsi perkahwinan dia, lagipun dia memang orang Kuala Perlis siap dengan bisnes belacan lagi.


Haa..hotel ni memang agak terkenal kat area ni, kat rumah kami pun ada sebuah memang sentiasa penuh!

Sebuah lagi hotel yang ada betul2 depan Terminal Feri Kuala Perlis
Hotel2 kat atas tu memang paling strategik kat sini sebab dekat sangat dengan Terminal Feri yang nak ke Langkawi tu. Ada sebuah lagi Seaview Hotel tapi jauh sikit jer..tapi dekat dengan tempat letak kereta (untuk yang nak ke Langkawi, kemudahan parking kereta banyak sangat). Sebenarnya pekan "koboi" Kuala Perlis ni makmur sebab ambik tuah dari pulau lagenda tu walaupun dari negeri yang berlainan. Apapun itu rezeki masing2..kami kalau ke Langkawi akan melalui Kuala Perlis sebab lebih dekat dan suka dengan kemudahan yang ada.

Sekitar Terminal Feri ni akan jem giler kalau time cuti sekolah, jalan utama depan tu sempit sangat
Kawasan kat Terminal Feri memang memeningkan kepala, siapa yang pernah datang masa cuti sekolah akan tau, nak berhenti kejap turun beg2 depan terminal bukan senang macam depan airport. Silap2 kena menapak 100m usung beg masing2. Jalan kat sini memang sempit2 belaka. Parking lot untuk letak kereta 'bermalam' ada juga yang berbumbung tapi kena menapak 50-100m dari terminal ni. Caj dia aku lupa dah...tapi mahal macam kat airport Kepala Batas di Alor Setar tapi security tak payah cakap lah memang mana2 pun tak terjamin. Dari sini kami nak ke Kak Su Laksa lebih 1Km lagi...

Kak Su Laksa...terkenal dengan Laksa Beras (laksa Kuala Perlis)

Salah satu makanan wajib kat Kak Su Laksa ni, Pulut Udang cuma 30 sen sebijik

Posing sikit..

Adik pun nak berposing..(Kasyif)

Laksa Kak Su, pujaan ramai...cobaann..
Kak Su laksa ni memang menjadi tumpuan ramai, lokasi tak strategik mana pun, kiri-kanan cuma deretan kedai yang kurang seri, kedai terbiar, kedai kosong..tapi kalau datang sini peak hour, memang jem pek lah! Entah macam mana boleh terkenal sampai ke merata negeri...So petua dari aku, jangan datang dalam jam 11pagi-2 petang, datang lewat petang jam 4-5pm pun masih sempat lagi makan. Tutup hari Selasa...ok.

Lepas makan Laksa Kak Su, aktiviti wajib..kena cari taman permainan dulu..bagi bebudak ni girang..

Tu dia..view ni..!

Fuh, tenangnyer kat kawasan ni, setenang airnya..
Gambar2 bot yang banyak atas tu salah satu view yang bagi aku paling best kalau sampai kat kawasan perkampungan tepi laut ni, kat area ni lah berlambak orang menjual belacan, mentarang dan apa benda ntah yang kat lumpur laut tu, sorry gambar tak der sebab tak singgah.

Yang ni aku rasa kat KL tak jual...
Makanan kat atas tu memang popular sangat kat sepanjang tepi laut di Kuala Perlis ni sejak beberapa tahun ni...benda ni datang dari selatan Thailand..dia macam fishball dan sosej saiz besar tapi pelbagai rasa, ada sosej yang perisa tomyam, ada isi ayam, isi pulut atau nasi..macam2lah, kita pilih mana yg berkenaan dan dia akan bakar dulu, harga RM1 secucuk, yang sosej saiz normal cuma 50 sen. Jangung bakar bermadu kat sini pun sedap2 belaka..harga RM2 ada yang RM2.50.

Balik beli makanan ringan tadi kami lepak makan sini, sambil tunggu matahari terbenam..

Cantek kan...?

Ambik gambar dorang pulak...

Kasyif tertutup mata dek angin laut yang betiup kuat...

Eh..eh..suker...

Hmm..tacing pic ni...

Tenang jer tengok pic ni...

Matahari mula terbenam...
Kalau nak tanya apa2..sila tinggalkan komen, mesti ada juga yang pernah datang sini..kita share


8 comments:

nana_picanto83 said...

wah dah lama x pegi makan laksa kak su... nyum. nyum.. nyummy :)

aNereO UsitHe said...

mintak pulut udang sikit..lapar plak tgh mlm ni :)

aNereO UsitHe said...

gambar2 akak cantik sangat...i like the nature...

mama aini said...

assalam salina..dah lama mama kat ke Perlis !!..cantik gambar2 tu..

mama aini said...

ehem dah lama tak ke perlis..hu2x..

..::..aRe-Na..::.. said...

cantek2 nya gambar..
penah sekali jek p sana..
tu pun sbb nak ke langkawi..
cantik betui pemandangan2nya kan..

i amsterdam said...

Salam,

Cantik gambar2 sawah padi, bot dan sungai dan sunset.

Salina said...

Salam..semua, kembali saya lewat malam..thanks to all:

1. Nana - ai ni mesti orang kat Utara juga ni..

2.aNereO - hehe pulut tu 3 kupang je..pasal gambar tu aha..memang cari view yg cantek2..

3. mama - datang sini bgtau awal k,.

4. ..::..aRe-Na..::..: ooh..confirm p langkawi tak singgah sgt kt Kuala Perlis nih..

5. i amsterdam said - hi, ibu kpd ilham..saya tunggu jg reply yg saya post kat blog amsterdam tu..
nanti kongsi jg pics cantek2 kt sana..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...