Monday, January 16, 2012

Datuk Lee Chong Wei Menang Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012


PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meletakkan namanya sebaris dengan pemain legenda tanah air, Wong Peng Soon selepas merangkul kejuaraan buat kali kelapan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 semalam.

Malah, ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut buat dirinya selepas membuka kalendar 2012 dengan gelaran juara pada Siri Super Premier Terbuka Korea pada 8 Januari lalu selepas menumbangkan bintang sensasi China yang juga merupakan seteru utamanya, Lin Dan pada aksi final.

Selaku juara, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$30,000 (RM93,990) manakala Tago berpuas hati dengan AS$15,200 (RM47,621).

Kejayaan itu hadir selepas Chong Wei mencatat kemenangan mudah ke atas perseorangan Jepun, Kenichi Tago 21-6, 21-13 pada aksi final di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Sebagai rekod, Chong Wei, 29, turut memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak tujuh kali sebelum ini iaitu pada edisi 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010 dan 2011.
Sumber: KOSMO




No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...