Terkejut juga bila mendengar yang pengacara MHI, Ally Iskandar akan bernikah 20 Januari 2012 nanti dan khabarnya Farah Lee (calon isteri Ally) adalah pilihan keluarga Ally Iskandar. Agaknya Ally nak bercinta selepas kawin kot kerana tempoh perkenalan mereka berdua sangat singkat, namun bagi Ally, itulah yang menyeronokkan. Baguslah, dapat elak maksiat bercinta selepas kawin.
Majlis pernikahan bukannya bakal berlangsung di rumah keluarga Farah Lee tetapi di sebuah lokasi lain yang dirahsiakan. Beza usia Ally Iskandar dan Farah Lee ialah 13 tahun. Ally tahun ini berusia 36 tahun sementara Farah Lee pula baru berusia 23 tahun. Perbezaan usia tidak pernah menjadi penghalang dalam soal perkahwinan. Perempuan juga digalakkan mencari suami yang lebih berusia supaya matang berfikir dan pandai bertindak dalam menangani isu rumah tangga.
Menurut Ally, pertama kali mereka berjumpa, beliau melahirkan hasrat hati dan kemudiannya Farah pula sudi menyambut hasratnya. Mereka tidak berdating, sebaliknya Farah datang bersama kawan dan Ally pula ditemani ibu dan adiknya.
Selepas berkahwin nanti, Ally kena hantar bakal isterinya balik ke Korea kerana sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti dan dalam masa yang sama pasangan ini akan berbulan madu di Korea.
Tahniah Buat Ally Iskandar & Farah Lee, semoga bahagia hingga akhir hayat.
No comments:
Post a Comment