Sunday, January 15, 2012

Biodata / Biografi Siti Nurhaliza

 
Datuk Siti Nurhaliza

Nama Penuh : Siti Nurhaliza Binti Tarudin
Tempat Lahir : Pahang
Bangsa : Melayu
Kerjaya : Penyanyi

Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis Kg. Awah, Temerloh, Pahang pada tanggal 11 Januari 1979. Ketika itu bapanya, Tarudin bin Ismail bertugas sebagai anggota polis di balai polis berkenaan sementara ibunya, Siti Salmah Bachik seorang suri rumah.

Siti merupakan anak kelima daripada lapan beradik manakala seorang abangnya meninggal dunia sewaktu kecil lagi. Adik-beradik Siti Nurhaliza yang lain ialah Saiful Lizan, Saiful Bahri, Siti Nursaida, Mohd Ali, Siti Nursaerah dan Mohd Hafiz.

Siti mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis dan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah Sehingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis. Kegiatan seni Siti bermula ketika di bangku sekolah tabika lagi iaitu beliau bersama rakan-rakannya membuat persembahan sewaktu majlis penyampaian sijil bagi tabika berkenaan. Kemudian beliau aktif dalam acara kebudayaan di sekolah rendah dan menengah selain aktif dalam acara sukan. Beliau juga sering mengikuti Family Group iaitu band yang dimiliki oleh kaum keluarganya dalam persembahan iaitu majlis kahwin.

Siti mula menyertai pertandingan nyanyian di kampungnya sewaktu berusia 12 tahun dan menjadi Juara bagi pertandingan nyanyian hari kebangsaan. Beliau menyanyi lagu Bahtera Merdeka dan dari situlah beliau berani tampil di khalayak terutamanya dalam acara kebudayaan atau karnival di Kuala Lipis.

Barangkali sudah menjadi tuah Siti Nurhaliza pada tahun 1995, percubaan dalam pertandingan Bintang Hiburan Minggu ini anjuran RTM telah membuka peluangnya bergelar artis rakaman. Walaupun sebenarnya cita-citanya ingin menjadi seorang pegawai polis namun rezeki yang datang bergolek tidak dapat ditolak.

Setelah bergelar Juara Bintang HMI, syarikat rakaman Suria Record telah menyunting Siti menjadi artis rakaman mereka. Ketika itu, usia Siti baru 16 tahun dan beliau masih menuntut di tingkatan 4. Berkat sokongan padu keluarga dan guru-guru serta teman sekolah, Siti dapat menjalani kehidupan sebagai artis dan pelajar tanpa menghadapi masalah.

 Pengalaman

Siti telah memperolehi 141 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara (128 anugerah & 13 penghargaan). Antaranya Anugerah Industri Muzik (22 anugerah), Juara Lagu (17 anugerah) dan Anugerah Planet Muzik (11 anugerah), selain Anugerah Muzik Indonesia, Festival Muzik Shanghai serta anugerah menerusi pilihan pembaca Media Hiburan, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (13 anugerah) Anugerah URS, Anugerah ERA (10 anugerah), Anugerah PAPITA, MTV Asia Awards dan banyak lagi. 

Siti juga telah berjaya mengharumkan nama negara dalam pertandingan nyanyian Voice of Asia 2002 dengan merangkul Juara Grand Prix. 1 April 2006, Siti mencatat satu lagi sejarah gemilang negara apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama yang menjayakan konsert solo di Royal Albert Hall, London.



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...