Sunday, January 1, 2012

Motel Bajet di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS)


Pernahkah kita terfikir untuk menginap di tempat yang tidak menyediakan kemudahan bilik air? Mungkin konsep hotel atau motel jenis ini begitu asing bagi kita kan!

Namun, itulah kemudahan baru yang disediakan di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini khusus untuk orang ramai tidur atau merehatkan tubuh buat seketika sebelum menaiki bas bagi perjalanan jauh. Motel bajet yang ringkas itu disediakan oleh Southest Poineer Rest & Go (SPRG) dengan menyediakan 13 bilik dan beroperasi di dalam bangunan kompleks TBS-BTS yang serba canggih itu. Seperti Jepun, permintaan terhadap percutian ringkas yang menjimatkan semakin menjadi pilihan sehingga membawa kepada kewujudan hotel bajet.


Motel ini berkonsepkan ‘rest & go’ dan tidak menyediakan bilik air seperti hotel bajet lain, tetapi konsep ini  relevan kerana terletak di kawasan hub transit moden seperti di TBS-BTS. Orang ramai boleh menggunakan kemudahan tandas awam di dalam terminal dan terletak tidak jauh dari motel berkenaan.

Kewujudan motel ini amat tepat sekali kerana orang ramai yang tiba di sini sekitar tengah malam dan awal pagi, tiada tempat berehat sementara menunggu waktu siang dan pengangkutan awam lain seperti sistem transit aliran ringan (LRT) atau komuter mula beroperasi. RM70 sehari atau RM15 sejam, motel yang beroperasi 24 jam ini mempunyai 13 bilik, terdiri daripada ‘standard room’ (memuatkan maksimum dua orang dewasa) dan ‘family room’ (dua dewasa dan dua kanak-kanak atau tiga orang dewasa).

Selain itu, motel ini turut menyediakan kemudahan kafe untuk melayari Internet, simpanan bagasi serta khidmat refleksologi. Dengan menggunakan tilam, katil, cadar yang berkualiti serta disusun mengikut dekorasi menarik, pemiliknya dilihat cuba memberi kepuasan pelanggan yang maksimum dengan kadar bayaran minimum.
Sumber: Mymetro

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...