Saturday, January 21, 2012

Info Terkini: Takziah Buat Keluarga Allahyarham Izwan Pilus

Gambar: Saat-saat akhir Allahyarham sebelum menghembus nafas terakhir


Berita pemergian Allahyarham Izwan Pilus semalam benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga terdekat, sanak saudara dan rakan-rakan beliau. Kasihsalina juga mengikuti perkembangan terbaru dan melalui beberapa media yang boleh dipercayai.

INFO terkini: Jenazah Allahyarham dijangkan akan dikebumikan pada 10 pagi ini (Sabtu 21 Januari 2012) di Tanah Perkuburan Kampung Palembang, Jasin, Melaka. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Ampang pada tengah malam Khamis selepas mengalami demam kuning. Menurut Aril AF7 abangnya disahkan mengalami jangkitan kuman dan kesan daripada kencing tikus. Doktor yang merawat telah mengesyorkan untuk ICU namun tidak berkesempatan apabila Allahyarham akhirnya menghembuskan nafas terakhir di atas katil wad pesakit.


Awas: Perhatikan persekitaran kita, segala kebersihan di dalam dan di luar rumah agar tidak menjadi kawasan pembiakan tikus atau sebagai tempat tikus berteduh. Periksa juga sumber air bersih di kediaman, elakkan makan di lokasi yang mungkin agak kotor atau berdekatan longkang dan parit besar.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...