Monday, April 30, 2012

Antara Sebab Datuk Seri Najib Tolak Gaji Minimum RM 1,200 - RM 1,500

 
Najib berkata, Kerajaan menyedari pekerja menuntut gaji minimum antara RM1,200 dan RM1,500, namun ia tidak dapat dilaksanakan.

Berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

"Jika ia melepasi paras RM900 (gaji pokok), ia akan menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pekerja asing.

"Jika ia berlaku, industri tidak boleh beroperasi dengan sewajarnya dan ramai akan kehilangan kerja mereka dan Kerajaan tidak mahu membiarkan perkara ini berlaku kerana ia akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan negara," katanya.

Selepas beberapa siri perbincangan, satu keputusan telah dicapai oleh Majlis itu bahawa gaji minimum akan ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.

Beliau berkata, Majlis mengemukakan syornya dan Kerajaan bersetuju dengan pelarasan.

Najib juga menjelaskan perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung dan Sarawak, Sabah dan Labuan adalah disebabkan perubahan dalam struktur gaji dan kos yang ketara di kawasan itu.

Bagaimanapun, Kerajaan berharap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, gaji minimum untuk Sabah, Sarawak dan Labuan boleh diselaraskan dengan Semenanjung.
 
 
 

Kesian Rita, Masih Mengharap Lagi Perkahwinan Telah dibina Kekal Bahagia


Menurut Rita, dia masih lagi ingin menyelamatkan rumah tangganya memandangkan dia dan Aidil telah melalui pelbagai dugaan bersama sejak berkahwin pada 25 Februari 2008 dan masih lagi menyayangi perkahwinannya itu.

"Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa," ujarnya. 
 

Dalam pada itu, Rita turut berkata, Aidil seorang yang tidak berpendirian tetap kerana hal rumah tangganya sering dicampuri pihak keluarga Aidil.

"Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain.

"Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah.

"Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain," katanya.

Sementara itu, Aidil yang terus beredar selepas perbicaraan membuat kenyataan ringkas dengan berkata: "Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah."

Mahkamah menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada 16 Mei ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Pasangan yang bernikah secara rahsia itu, telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Dalam pada itu, hubungan mereka mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki sejak awal lagi.
 
 
Sumber: Mstar
 
 

Najib Umum Kadar Gaji Minimum RM900







Sempat aku tengok berita TV tadi selepas balik dari Alor Setar. Ni Pasal yang Datuk Seri Najib Tun Razak tadi mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, ini kiraan untuk rakyat di Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak serta Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.


DS Najib menjelaskan, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

DS Najib kata itu sebagai hadiah istimewa kepada golongan pekerja di negara ini (termasuk juga warga asing dengan izin) sempena sambutan Hari Pekerja esok. Tarikh kuatkuasa pengumuman itu akan bermula enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan. Cuma ada juga dinyatakan sedikit kelonggaran bagi syarikat yang kurang mampu atau ada masalah dalam pembayaran gaji minimum, maka boleh berunding.

Sila share.




Cantik Rita Bertudung Semasa Menghadiri Mahkamah Untuk Proses Penceraian



Sejuk mata memandang akan Rita Rudaini yang cantik dan ayu dengan memakai hijab. Mungkin imej sebegini kot yang Aidil mahukan! Siapa tahu kan, jika Rita terus kekal dengan imej berhijab akan membuka ruang hati Aidil dan keluarga mertua Rita untuk menerima Rita dan anak-anak seadanya. Hati manusia boleh berubah dengan izin Allah swt..

Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, dia tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil, 25, memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak suaminya itu keluar dari rumah empat bulan lalu.

"Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu.

"Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung," katanya yang ditemui selepas perbicaraan tamat.

Rita yang memakai jubah hitam dan tudung warna biru itu hadir bersama peguamnya serta ibu, ayah dan saudaranya manakala Aidil yang bersut hitam turut hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari dan ibu bapanya.
 
 
Sumber: Mstar
 
 
 

Ke Kuala Perlis Lagi



Assalamualaikum semua,

Petang kemarin kami ke Kuala Perlis lagi, itu jer destinasi yang dekat dengan kami. Dekat pun dalam 35 km juga la dari rumah kami. Aku teringin nak makan laksa kat Kedai Kak Su Kuala Perlis tu. Tapi kecewa sikit la, sampai2 jer kat kedai Kak Su tu ramai giler orang, dah takde tempat duduk. Itu satu hal, aku tengok kat meja2 pelanggan pun belum lagi terhidang laksa dan airnya. Tak sanggup kami nak menunggu. 

Terus ke kaunter tanya lama tak kalo nak bungkus? Dia kata kalo nak sikit ada dah yang ready pack. So, beli la 2 bekas laksa, dia letak dalam bekas plastik dan bagi sudu sekali, so, senang la nak makan kat tepi2 laut Kuala Perlis tu. 

Masuk dalam kete, fikir nak cari air plak sebab nak beli air kat situ kena menunggu lagi. Dah dapat air, adik Kashif plak tido. Terpaksa la cari port yang sesuai untuk kami makan dan Kashif selamat tido dalam kete.

Dah lepas makan tengok matahari dah mula nak terbenam, tangkap la gambar dulu tuk buat entri kan! haha..

itulah dia cite aku yang tak berapa nak menarik pun..huhu..

 Heran sungguh aku, kalo weekend jer ramai sangat orang kat Kuala Perlis tu. Ramai sangat ke orang nak ke Langkawi. Bas pelancong banyak dan parking kete bermalam untuk orang kereta ke Langkawi pun penuh. Depan Putra Berasmana tu ada playground, aku suka bawa anak2 main kat situ. Sekarang ni memang susah dah nak ke playground tu sebab parking tu sentiasa penuh dengan kereta yang orang tinggal.






5 Gambar Comel Nora Danish Semasa Mengerjakan Umrah


 Umum telah mengetahui bahawa Nora Danish telah bertolak ke Mekah untuk mengerjakan umrah bersama ahli keluarga semasa hari persandingan Fasha dan Jejai. Bukan membawa diri ye..Mengerjakan Umrah adalah niat yang baik dan penuh dengan keberkatannya. Semoga Nora Danish mendapat hidayah dan dapat memperbaiki hidup ke arah yang lebih baik.

Pelakon kecik molek Tentang Dhia ini ditemani oleh ibu tercinta ketika menunaikan umrah. Rombongan umrah itu juga disertai juga oleh model Azura,Adi Putra dan juga Hizbur Imam Muda musim pertama. 

Nora Danish akan berada di Mekah selama 13 hari dan mengharapkan semuanya dapat dipermudahkan dan berjalan dengan lancar sehingga semuanya selesai. 

Nora Danish mengatakan kali ini dia lebih teliti kerana telah mempunyai pengalaman pertama melaksanakan umrah tahun lalu.
 
 


 
 
 
 
 

Bahaya dan Kesan Buruk Kerap Makan Mee Segera




Mee segera merupakan salah satu makanan segera yang sangat digemari setiap peringkat umur. Mungkin ianya memberikan kenikmatan yang tak terhingga sedapnya. Tetapi, adakah kita terfikir akan kesan sampingan jika terlalu kerap mengambil 'Fast Food' dalam diet harian kita.

Meskipun begitu, terlalu banyak mengambil mi segera disinyalir akan menimbulkan banyak kesan negatif bagi tubuh oleh kerana kandungan bahan pengawet atau penyedap rasanya. Kemudian, selain kandungan karbohidrat, mi segera tak cukup mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat, yang bermanfaat bagi tubuh. Sehingga, pada dasarnya mi segera tidak cukup mempunyai nutrisi bagi keseimbangan gizi tubuh manusia.

“Namun yang paling berbahaya adalah adanya kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi segera,” ungkap dr Patricia Wijaya, doktor ahli kecantikan dari Beauty Inc. kepadaKompas Male, usai pelancaran produk mi segera baru di Switzerland Bel Hotel, Jakarta Pusat, Minggu (8/1/2012) lalu.

Kandungan bahan berbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus.

“Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus dibuang agar pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak akan hilang,” tegas dr Patricia.

Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.

Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan tetap melekat pada mi segera meski kadarnya sudah berkurang beberapa peratus. Perlu anda ketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya membahayakan, kerana pengeluar mi segera tentunya harus mengikuti standard yang selamat yang ditetapkan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM).

Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan berbagai gangguan kesihatan apabila diambil secara rutin. “Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan pencernaan, konstipasi, sampai kanser pencernaan, dan lain-lain,” tegasnya.

Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang kelak akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi. Sekali lagi, boleh-boleh saja menikmati mi segera, tetapi sebaiknya tidak diambil terlalu kerap.

Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai jajanan selingan saja. Tetaplah mengambil makanan dengan gizi seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.



Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang


Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.




3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
4. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

5. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.




4 Tahap Mendidik Anak Menurut Ulama Islam



Assalamualaikum semua..

Ilmu mendidik anak-anak sangat penting dalam dunia yang moden dan mencabar seperti zaman sekarang. Sebagai ibu bapa kita perlu mengetahui cara yang betul dalam soal mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa. Terdapat 4 tahap mendidik anak-anak yang disarankan oleh ulama.


Menurut ulama Islam, terdapat 4 tahap dalam mendidik anak-anak:

1. Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun).
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang seperti mana haiwan menjaga anaknya.

2. Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun) 
Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) 
Hendaklah kita mendidik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

4. Tahap Keempat: Anak berumur lebih daripada 21 tahun
Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
 



Peluang Buat Duit Dengan Tebu



Malaysia menyasarkan untuk mengeksport 2.7 juta batang tebu sebulan ke Dubai pada 2013 bagi memenuhi permintaan bandar raya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu yang mula berminat mengimport hasil pertanian sejak tahun lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata Dubai mula berminat terhadap tebu tempatan selepas kementerian berkenaan melawat negara itu serta mempromosi jus tanaman berkenaan.

Beliau berkata nilai pasaran eksport tebu ke Dubai ialah RM2 bagi sebatang tebu Gred A, dengan hasil tebu diperoleh dari tiga negeri pengeluar utama tanaman itu iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

Pada masa ini, Malaysia hanya mengeksport 38,000 batang tebu ke Dubai.Beliau berkata tanaman itu turut dieksport ke Singapura, selain mendapat permintaan dari beberapa negara lain termasuk Hong Kong dan Brunei.

Tanaman tebu yang mempunyai tempoh matang selama lapan bulan selepas ditanam, memberikan pulangan yang berbaloi kepada petani dengan pendapatan purata antara RM1,000 dan RM2,000 sebulan.
 

"Tanaman ini mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan keluasan tanaman di Tanjong Karang bertambah daripada 19.42 hektar tanah kepada 121.4 hektar dalam tempoh setahun. "Bilangan peserta turut bertambah, daripada 43 orang kepada 100 orang dalam tempoh yang sama," kata Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang.

Noh berkata kementerian itu yakin melalui peluasan tanaman itu dalam kalangan petani serta program bantuan yang dijalankan oleh Mardi bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Malaysia mampu memenuhi permintaan negara pengimport.

Beliau berkata kementerian itu turut menggalakkan petani mengusahakan tanaman tebu memandangkan tanaman itu mudah diselenggara serta tidak memerlukan tanah yang luas.

"Jika ada tanah yang sesuai, petani boleh gunakannya untuk tanaman ini dan membantu kementerian menyediakan bekalan eksport," katanya. -BERNAMA 
 
 
 

Cara Disable Disk Checking Ketika Windows Startup



Cara Disable Disk Checking atau checking file system ketika Windows Startup untuk semua jenis Windows seperti Windows XP, Vista dan Windows 7.
Mesti ada yang pernah alami masalah macam ni, sama ada di PC atau laptop. Ada yang terus skip dalam masa yang dinyatakan dengan 'press any key...'. Namun benda ni akan berulang apabila korang nak on balik komputer. Kadang-kadang walaupun selepas disk checking, benda yang sama tetap muncul. Rimas kan?

Jadi caranya (pastikan ikut steps yang betul):

Pergi ke Start Menu --> Run --> Taip regedit dalam open box

Seterusnya akan muncul registry editor seperti di bawah, yang ni kalau guna Windows XP..ni print screen dari PC lama kami yang banyak berjasa tu. Okay melencong pulak aku...
Korang nampak tak ada 5 folder tu, dan cari salah satunya seperti di bawah, dan akan ada lagi sub-folder (atau folder anak)..hehe..

Klik pada 'tanda tambah' HKEY_LOCAL_MACHINE
Sama juga pada SYSTEM
Kemudian pada CurrentControlSet
Kemudian Control
Kemudian cari dan klik atas folder Session Manager (kena scroll ke bawah sikit)..

Tengok kat bawah ni:
Nampak tu yang no. 1 aku tanda dah kaler merah?  BootExecute.
Dia punya default value (nilai asal) ialah cuma ditulis autocheck autochk *
Tanda "*" ini bermaksud untuk check consistency. Maka korang cuma tambah ---> /K:C sebelum "*".

Jadi value yang baru akan nampak macam ni::
autocheck autochk /k:C *

Ok, tu jer..takder masalah kan? So sila tekan button Share untuk Facebook.



Fasha Sandha Honeymoon di Pulau Redang





Fasha Sandha Honeymoon di Pulau Redang bersama Jejai pada awal bulan Mei ini nanti. Beberapa lokasi menarik di sana sudah pasti menjadi tumpuan pasangan pengantin baru ini, dan salah satunya pasti ada dalam gambar-gambar menarik di pulau peranginan terkenal ini.

Sudah pasti pasangan dua sejoli ini akan menaiki salah satu daripada kemudahan pengangkutan yang ada iaitu sama ada dengan menaiki bot ataupun pesawat Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang. Jadi 'paparazzi' Malaysia bolehlah berkampung di Airport Subang nanti mungkin boleh memilih tarikh 1 Mei sempena Hari Buruh di Malaysia. Itupun jika Jejai tidak membuat sebarang gimik lagi dengan menggunakan helikopter untuk ke sana. Untuk makluman, pengangkutan awam darat seperti bas ekspres mahupun teksi limosin secara terus ke pulau terkemuka itu belum lagi disediakan buat masa ini.












Resepi Sup Ekor Lembu


Bahan-Bahan:

800 g ekor lembu (sudah dipotong), dicelur di dalam air mendidih selama seminit dan toskan.
2 liter air
1 kelopak bunga bawang
1 batang kulit kayu manis
2 batang serai
125 ml susu sejat penuh krim
2 sudu besar serbuk kari daging

Bahan kisar:
8 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
2.5 cm halia
4 ulas bawang putih
sedikit daun ketumbar yang dihiris dan bawang goreng untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Rebuskan air. Masukkan ekor lembu, bunga lawang, kulit kayu manis dan serai. Kecilkan api ke tahap sederhana dan masak sehingga ekor lembu empuk. Keluarkan ekor lembu dan ketepikan supnya.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak, tumiskan bahan-bahan kisar bersama dengan rempah kari sehingga wangi. Masukkan sup tadi, ekor lembu dan susu sejat penuh krim dan biarkan mereneh selama 10 minit lagi.
  3. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Hidangkan sup dengan daun ketumbar yang dihiris serta bawang goreng.

Sumber: Majalah Wanita



 

Resepi Puding Keladi






Puding Keladi

Bahan-Bahan:

50 gm agar-agar
50 gm santan
150 gm gula
50 gm ubi keladi (dipotong dadu dan dikukus)
15 gm tepung jagung
2 biji telur kuning
sehelai daun pandan
sedikit pewarna ungu

Cara membuatnya:


  1. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air.
  2. Masukkan kuning telur ke dalam bancuhan tadi dan ketepikan. Masak agar-agar dengan gula dan daun pandan sehingga larut.
  3. Kemudian masukkan santan dan biarkan hingga mendidih diikuti pula masukkan bancuhan tepung jagung ke dalamnya.
  4. Kacau sekata dan masukkan pula ubi keladi yang dipotong kecil, sedikit pewarna ungu dan kemudian masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: Majalah wanita







Sunday, April 29, 2012

Jangan Tau 'Main' je - Niat Mandi Wajib tu Kena Betol



Assalamualaikum semua..

Kadang-kadang benda yang kecil dan remeh-temeh camni pun kita boleh tersilap. Jom korang semak kat sini, betol ke niat mandi wajib korang tu..hehe..

Soalan:

ADA seseorang sahabat memberitahu saya mandi wajib bagi isteri selepas jimak berbeza dengan mandi wajib haid dan nifas. Ia membuatkan saya keliru.

Benarkah isteri boleh mandi wajib tanpa membasahkan rambut sekiranya mandi wajib selepas jimak?


Jawapan:

PERATURAN mandi wajib bagi menghilangkan hadas besar adalah sama iaitu (1) berniat (2) menghilangkan najis dan (3) menyampaikan air ke seluruh anggota badan.

Antara sebab mewajibkan mandi wajib ialah bersetubuh (jimak), keluar mani, mati selain mati syahid, kerana keluar haid serta nifas dan kerana beranak.

Tidak benar sekali pendapat yang menyatakan mandi wajib kerana bersetubuh berlainan dengan mandi wajib yang lain termasuk tidak perlu membasahkan rambut.

Islam sudah menetapkan kaedah dan peraturan mandi wajib seperti saya nyatakan di atas. Hanya dalam keadaan tertentu seperti sebab uzur kerana tidak dapat menggunakan air, tayammun boleh menggantikan mandi wajib.
 

Fardhu mandi

Pertama :

Niat

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.


Kedua :

Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.

Ketiga :

Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.

Cara mandi

Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.


Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.


Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.


Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.


Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.


Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
 
 
 
 

Gambar Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu











Iklan Wangian Madonna Diharamkan di stesen TV Amerika


Ratu Pop dunia, Madonna sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila iklan untuk wangian terbarunya, Truth or Dare telah diharamkan penayangan di stesen TV Amerika.

Menurut laporan New York Post, iklan hitam putih itu memperlihatkan Madonna berpakaian seksi di samping membuat pelbagai aksi mengghairahkan yang dirasakan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Truth or Dare adalah jenama terbaru keluaran Madonna yang bukan sahaja terhad kepada wangian malah sebelum ini penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Vogue' telah melancarkan koleksi kasut dengan jenama yang sama.
 
 
Sumber: MH
 
 
 

Manchester City vs Manchester United 30 April 2012




Manchester City vs Manchester United akan bertembung di Etihad Stadium pada 30 April 2012, yang dianggap sebagai pertembungan derby yang paling menarik dalam tempoh setengah abad ini. 

Beberapa petikan akhbar jelas menghangatkan lagi perlawanan terbesar dalam sejarah ini, yang mana masing-masing ingin mencipta rekod terbaru...dengan Manchester United mengejar kejuaraan Liga Perdana yang ke-20 manakala Manchester City cuba untuk merangkul kejuaraan ke-3 mereka sejak 34 tahun yang lalu (ketika itu dikenali sebagai Liga Bola Sepak Divisyen 1).

The Telegraph:

Roberto Mancini tells players they have 'one chance' to make history.

He said: “We have only one chance, because they [United] lost points against Everton. One chance. After 50 years, Manchester United and Manchester City are playing for the title.” 




The Miami Herald:
Manchester United vs. Manchester City to be a Monday masterpiece.

The English Premier League race has come to this: First-place Manchester United vs. second-place Manchester City in a derby match that has TV executives and fans salivating. Man U leads cross-town rival City by three points with three games remaining, so Monday night’s winner at Etihad Stadium will be in excellent position to take the league title.

Daily Mail UK 
Mario can help us win title! Lescott backs returning striker Balotelli to lead City charge.
Manchester City defender Joleon Lescott has backed Mario Balotelli to make an impact in the title run-in after serving his three match ban for a red card picked up at Arsenal.

Utusan Malaysia 
Ibu segala pertembungan derby - Ferguson
Alex Ferguson menegaskan perlawanan penentu kejuaraan dengan pencabar terdekat Manchester City esok merupakan ibu segala pertembungan derby.
Kunjungan Manchester United ke Etihad esok akan disiarkan secara langsung di televisyen yang disaksikan 650 juta penonton, iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.


 

Read more here: http://www.miamiherald.com/2012/04/29/2773243/manchester-united-vs-manchester.html#storylink=cpy


Read more here: http://www.miamiherald.com/2012/04/29/2773243/manchester-united-vs-manchester.html#storylink=cp

Tutorial Buat Masker Timun dan Yogurt Untuk Kesegaran Wajah




Sepanjang hari bekerja, wajah kita mesti nampak lesu dan tak bermaya kan! Apa kata segarkan wajah dengan cara menggunakan masker timun yang dibuat sendiri bersama plain yogurt. 

Bahan-bahan:
  1. 1/2 batang timun
  2. 3 sudu yogurt (plain)
  3. Sedikit air
Cara-Cara:
  1. Kisarkan timun bersama air untuk dapatkan jus / pati timun.
  2. Ambil 3 sudu yogurt tadi dan campurkan ke dalam jus timun.
  3. Gaulkan sampai sebati dan lumurkan keseluruh wajah dan leher. Biarkan sampai kering ataupun 20 minit.
  4. Hiriskan timun dan letakkan hirisan timun di atas mata untuk mendapatkan kesegaran pada mata
Sifat timun yang sejuk itu dapat menyegarkan wajah yang lesu dan yogurt kaya dengan kandungan mineral seperti zink dan kalsium.



Resepi Kek Angry Bird



Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan buttercup
1 cawan gula kastor
2 biji telur ayam (gred A)
1 Sudu esen vanila
2 Sudu besar susu tepung (fernleaf)

Nota: Tepung, serbuk penaik, garan dan susu tepung diayak bersama.

Cara Menyediakan:
  1. Pukul buttercup dan gula hingga kembang selama 10 minit.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit.
  4. Pukul hingga kembang dan masukkan esen vanila.
  5. Masukkan ke dalam loyang berbentuk bulat (melengkung ke dalam) dan bakar dengan suhu 160 selama 35 hingga 40 minit. 
Bahan untuk topping cream:

100 g buttercup
50 g gula icing
Sedikit perahan limau nipis
Pewarna merah

Cara Menyediakan:
  1. Campurkan buttercup, perahan limau dan gula icing, pukul 5 minit. Asingkan sebahagian untuk dicampurkan dengan warna merah. 
  2. Untuk hidung 'angry bird' gunakan fondant yang telah diwarnakan kuning dan bentukkan seperti paruh burung.
  3. Manakala bahagian mata 'angry bird' pula, fondant putih digunakan dan dilukis dengan pewarna hitam. 

Sumber: Majalah Wanita


Bangunan di Kuala Perlis





 Gambar Bangunan di Kuala Perlis daripada koleksi foto peribadi kasihsalina.com

 Selamat Menjamu Mata Semua..









Tutorial | 5 Langkah Mekap Dalam Masa 5 Minit


Tutorial | 5 Langkah Mekap Dalam Masa 5 Minit

 Salam 1Malaysia

Rasanya mesti ramai yang mengalami perkara camni kan? Kalo aku memang selalu camni, apatah lagi ada anak kecil yang dah menghabiskan banyak masa untuk mengemas anak-anak. Dah la masa mengejar-gejar kita. Pasti tip ni dapat membantu ibu-ibu seperti aku dan juga wanita yang sentiasa sibuk ataupun dalam keadaan yang kecemasan yang mana masa cuma ada 5 minit ajer.


Bersolek atau bermekap memang mengambil masa yang panjang. Tetapi, bagaimana kalau kita hanya ada masa lima minit sahaja? Tip berikut boleh membantu anda tampil menawan:

1. Pakai pelembap ke seluruh wajah. Selepas seminit, sapukan alas mekap (foundation) secara tipis dan ratakan dengan menggunakan span bersaiz besar.

2. Tidak perlu pakai bedak. Terus kenakan pemerah pipi, tetapi jangan gunakan yang berbentuk krim kerana jenis ini mengambil masa lebih panjang.

3. Untuk mata segar menawan, jangan lupa pakai maskara.

4. Pakai penggaris mata berona hitam atau coklat tua.

5. Akhir sekali pakai gincu bibir dengan bantuan berus kecil kerana cara ini boleh membuatkan warna gincu lebih tahan lama.


Sumber: Gua.com




Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...