Monday, April 30, 2012

Cara Disable Disk Checking Ketika Windows Startup



Cara Disable Disk Checking atau checking file system ketika Windows Startup untuk semua jenis Windows seperti Windows XP, Vista dan Windows 7.
Mesti ada yang pernah alami masalah macam ni, sama ada di PC atau laptop. Ada yang terus skip dalam masa yang dinyatakan dengan 'press any key...'. Namun benda ni akan berulang apabila korang nak on balik komputer. Kadang-kadang walaupun selepas disk checking, benda yang sama tetap muncul. Rimas kan?

Jadi caranya (pastikan ikut steps yang betul):

Pergi ke Start Menu --> Run --> Taip regedit dalam open box

Seterusnya akan muncul registry editor seperti di bawah, yang ni kalau guna Windows XP..ni print screen dari PC lama kami yang banyak berjasa tu. Okay melencong pulak aku...
Korang nampak tak ada 5 folder tu, dan cari salah satunya seperti di bawah, dan akan ada lagi sub-folder (atau folder anak)..hehe..

Klik pada 'tanda tambah' HKEY_LOCAL_MACHINE
Sama juga pada SYSTEM
Kemudian pada CurrentControlSet
Kemudian Control
Kemudian cari dan klik atas folder Session Manager (kena scroll ke bawah sikit)..

Tengok kat bawah ni:
Nampak tu yang no. 1 aku tanda dah kaler merah?  BootExecute.
Dia punya default value (nilai asal) ialah cuma ditulis autocheck autochk *
Tanda "*" ini bermaksud untuk check consistency. Maka korang cuma tambah ---> /K:C sebelum "*".

Jadi value yang baru akan nampak macam ni::
autocheck autochk /k:C *

Ok, tu jer..takder masalah kan? So sila tekan button Share untuk Facebook.



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...