Wanita mudah masuk syurga itulah jaminan Rasulullah tetapi kenapa jumlah ke neraka ramai wanita?
Wow..bertuah menjadi kaum wanita, tersangatlah senang untuk masuk Syurga. Tapi AWAS!!! WANITA juga senang TERmasuk ke Neraka.
Benar
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita
melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan
taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.”
(Riwayat )
Memang
mudah wanita masuk syurga, hanya dengan melakukan empat perkara, tetapi
manfaatnya bahagia di dalam syurga. Tetapi dalam isra’ nabi baginda
digambarkan wanitalah yang paling ramai penghuni neraka. Kenapa jadi
begitu? Jawapannya mudah, boleh jadi kerana ramai wanita gagal mematuhi
empat perkara tersebut.
Realiti
yang kita lihat pada hari, wanita boleh melakukan solat lima waktu
dengan baik. Tetapi ramai juga yang melakukannya secara tidak sempurna.
Malah ada yang tidak melakukan solat langsung. Solat tidak sempurna
samalah seperti tidak solat kerana solatnya tidak mampu mencegah
daripada seseorang itu melakukan dosa dan maksiat.
Wanita
amat rajin berpuasa, tetapi dalam keadaan berpuasa mereka juga
melakukan dosa, sedangkan dosa itu boleh mengurangkan pahala puasa.
Semua ini boleh menyebabkan puasanya tidak diterima oleh Allah. Puasanya
hanya ibarat berlapar sahaja, tidak ada pahala. Bayangkan dua ibadah
ini saja tidak memungkinkan dia masuk syurga.
Bagaimana
dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai
yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang
mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan
bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai
mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan
kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya
saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.
8 comments:
tu yg nk kene igt slalu tu..mmm sharing is caring..harap2 sy & yg lain2 ni dpt amik utk panduan :)
As salam kak Salina.Nice info....semoga kita akan menjadi wanita solehah dan di tempatkan ke syurga bersama-sama org2 yang beriman.
Assalamualaikum Salina..
Percaya kepada Sunnah Dan sabda RASULULLAH itu adalah rukun yang wajib.
Untuk mengerjakan perintah Allah itu banyak dugaannya. Sama2lah mengukuhkan lagi keimanan hingga tidak Ada apa yang boleh menghalang. InsyaAllah ..
amin..semoga segala amalan kita diterima yang maha esa
Semoga kita sentiasa beruasaha untuk menjadi calon ahli syurga. InsyaAllah. :)
perbanyakkan muhasabah diri dan istiqamah..insyaAllah boleh mlakukan amalan itu dgn smpurna..=)
ehem semuga kita tidak tergolong dlm gulungan wanita yg menuju keneraka..amin..hu2x..
bagus sgt2 info ni..perkongsian ilmu yg sgt berguna..trima kasih :) jmput follow saya kmbali,ye :)
Post a Comment