Wednesday, April 25, 2012

Mampukah Aidil Membayar Tuntutan Nafkah Dengan Nilai Dikehendaki Rita Rudaini





Kesian dengan Rita Rudaini, bermula dari perkahwinan yang dirahsiakan hinggalah dah ada anak, tak habis-habis masalah yang melanda rumahtangga beliau. Risau anak-anak akan jadi mangsa terlibat sama dalam konflik rumahtangga. Aku sokong Rita, sepatutnya Aidil sebagai seorang lelaki kena bersikap lebih matang dalam menangani isu rumahtangga dan bukannya bersikap macam test drive jer. Kata orang dulu-dulu, Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah Ditepi Pantai.

Kata Rita:-

"Saya akui Aidil sering mengabaikan tanggungjawab selama lebih empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini. Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan. Saya pula banyak berkorban untuk menyara hidup anak-anak. Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak. Jumlah yang dituntut ini dihitung daripada hari pertama kami berkahwin pada 25 Februari 2008. Saya bukan mata duitan. Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola. Saya berkahwin atas dasar cinta dan ikhlas untuk hidup bersamanya, tetapi, hidup saya dipersiakan. Apa yang saya tuntut adalah hak saya sebagai isteri dan hak dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, yang selepas ini membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa"

Nah korang! dengar kenyataan Rita Rudaini tu, pemain bola sepak bukannya banyak duit pun.. simpan la niat korang kalo mengidamkan pemain bola sepak Malaysia. Baik cari cari Pak Menteri, kan banyak duit. Kelasss Gituuu.. Persoalannya, mampukah si Aidil tu nak cover balik tuntutan nafkah back dated si Aidil tu..





8 comments:

Umialya said...

risau gak tu, risau aidil tuntut anak untuk diletak dibawah jagaannya.

kesimpulannya, bagi yg single tu, lupakan niat nak jadikan apek pakwe, k

Hudalatip said...

uhh, tunggu dan lihat saja..

inazamri said...

mmg berbaloi2 la kalau dpt pak menteri..tua kerepot pun takpe janji poket tebal dr dpt pemain bola...bukan kaya pun hahahha.

Acik Erna said...

kasihsalina..semoga tanggungjawab dapat ditunaikan dan anak2 tidak diabaikan.

ogyep yummy mellow said...

isshhhh... ganas tu.... money is not everything my dear...

syiela said...

apa pun yg terjadi moga kasih sayang dorang pada anak anak tak terabai..

kesian sangat pada anak dorang yang masih kecik2 lagi.. masih belum tau apa2

Mama Ann said...

Kawin dgn sapa pun mesti ada rasa tanggung jawab..kalau tidak tak akan kemana walaupun berbekalkan bertan2 cinta..Kita bersimpati dgn jalan hidup Rita Rudaini..Dugaan.. Sama2 lah kita berdoa yg terbaik untuk Rita Rudaini dan anak2..

mama aini said...

kesian kat rita..semuga jadi pengajaran kat dia..mungkin umur suami dia tak matang lagi kot..hu2x..apapun semuga rita bahagia dgn ank2nya..mama suka tgk rita ni..cantik & berbakat..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...