Hasrat peminat dan penyokong Manchester City mahu melihat aksi kelab itu di depan mata bakal tertunai apabila mereka buat pertama kalinya akan singgah di Malaysia, 30 Julai ini.
City yang kini bersaing hebat dengan Manchester United bagi merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menentang skuad pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kunjungan City ke sini selepas skuad itu bertemu Arsenal di Beijing pada 27 Julai.
Sebelum ini, Arsenal turut mengesahkan akan mengadakan perlawanan dengan skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal di stadium yang sama 23 Julai.
Sumber: Utusan online
2 comments:
waa..ini klu yg kaki bola,mesti x ketinggalan tgk ni nti kan..hehe
ehem nasib baik mama & hb tak berapa nak minat sukan bolasepak ni..he2x..kalau tak mau ke bkt jalil..apapun gud luck buat pasukan malaysia..
Post a Comment