Teater musikal Upin & Ipin The Musical di Istana Budaya telah bermula pada 14 April 2012 lalu, masih menerima sambutan hebat dari peminat setia Upin &
Ipin walaupun bukan pada musim cuti sekolah. Menurut sumber, pada hari pertama lagi, tiket teater di Panggung Sari ini boleh
dikatakan telah habis dijual.
Apapun, dah namanya teater bukan semua akan mampu berhibur di Istana Budaya ni (nama pun dah grand), maka tidak semua peminat biasa mampu hadir ke Teater Muzikal seperti ini. Harga tiket paling murah RM33 dan RM53. Yang lainnya adalah bermula dari RM83 hingga yang paling mahal pun RM453...wah!
Ya, aku tahu ini adalah option semata-mata, peminat masih boleh tengok siri Upin & Ipin secara percuma terus ke TV kita di rumah. Apapun keseronokannya tak sama dengan live seperti ini. Sebelum muncul fenomena Upin & Ipin, kita kerap disogokkan dengan siri animasi dari Disney terutamanya dan kerap diadakan di sebuah pusat peranginan di atas bukit persendirian sana tu...harga pun, memang mahal lah.
Apapun bagi yang mampu tiada masalah, sila ke laman web Ticket2u untuk tempahan. Jangan lupa, teater muzikal ini hanya sehingga 6 Mei 2012.
2 comments:
Kalau kami duduk kt area sana, memang nk tengok tapi mengenangkan harga tiket pulak..huaa
mahalnye harga tiket..telan air liur jap saya...gulp....hehe
Post a Comment