Gambar Hiasan |
Maaf dengan kepelikan tajuk posting kali ni, adakah guru-guru kita bersih, eh takkan guru datang ke sekolah dalam keadaan yang kotor atau selekeh yer tak? Tambah lagi apabila tugasnya perlu mengajar anak-anak murid atau pelajar sekolah dalam keadaan yang ikhlas, tabah dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menyampaikan ilmu yang ada.
Jadi kita kaitkan bersih tadi bukan sebabnya tak bersih atau apa, cuma apabila kita kaitkan guru dengan perhimpunan Bersih (yang ada versi 3.0) esok di Dataran Merdeka.
Petikan Utusan Malaysia:
Kementerian Pelajaran melarang guru dan guru pelatih menyertai
perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok (sebelum bola sepak persahabatan Malaysia lawan Sri Lanka).
Jika berdegil
(tidak dengan cakap atau babil) dengan larangan itu bakal berdepan tindakan tegas (berdiri atas meja atau mungkin lari keliling Dataran Merdeka).
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keputusan itu
dibuat berdasarkan fakta bahawa perhimpunan Bersih 3.0 dirancang untuk
dijalankan di lokasi yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa (maknyanya lokasi yang tak bersih).
*Sekadar mencelah secara bersahaja, semoga semua memberikan kerjasama dalam perhimpunan itu nanti selepas segala arahan dikeluarkan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
1 comment:
ehem..ank mama ada urusan kat KL esuk..nampaknya tak bolih kesanalah..takut jln jammmm nanti..hu2x..
Post a Comment