Friday, April 27, 2012

Tengku Cleopatra Haidar Nama Anak Ke-2 Bagi Que Haidar dan Linda Jasmine



 Bayi yang bernama Tengku Cleopatra Haidar itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Linda Jasmine, isteri kepada Que Haidar, elamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada pukul 1.28 petang, Khamis.

"Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna.
"Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Tambah Linda, dia sengaja memilih untuk melahirkan Cleo pada 26 April kerana dua anaknya lain turut dilahirkan pada tanggal 26 hari bulan.

Anak pertama Linda bersama suami terdahulu iaitu Qalif Khan yang kini berusia 12 tahun lahir pada 26 Januari 2000 sementara Tengku Ratu Haidar, 2, yang lahir atas perkongsian hidupnya dengan Que Haidar pula lahir pada 26 Oktober 2009.

Linda pada mulanya dijangka melahirkan Cleo pada awal bulan Mei tetapi mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses itu dengan kaedah perubatan.
 
Nama Cleopatra dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulungnya, Tengku Ratu Haidar. Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita.

Linda juga kata Cleopatra mempunyai kulit yang lebih putih berbanding dua anaknya yang lain selain mata yang jernih. Putih macam mana lagi agaknya Cleopatra ni, 2 orang ank Linda sebelum ni pun aku nampak putih melepak dah..haha..

Wajah Cleopatra lebih mirip kepada Linda. Bagaimanapun, Linda enggan mendedahkan wajah anaknya itu buat masa ini.
 
Sumber: Mstaronline
 
 
 

2 comments:

nazayiena said...

Tahniah pd pasangan ini dpt bb girl lg...

mama aini said...

Tahniah buat mereka..tentu cantik ank dia tu..semuga jadi ank yg solehah..amin..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...