Sunday, April 29, 2012

Tutorial | 5 Langkah Mekap Dalam Masa 5 Minit


Tutorial | 5 Langkah Mekap Dalam Masa 5 Minit

 Salam 1Malaysia

Rasanya mesti ramai yang mengalami perkara camni kan? Kalo aku memang selalu camni, apatah lagi ada anak kecil yang dah menghabiskan banyak masa untuk mengemas anak-anak. Dah la masa mengejar-gejar kita. Pasti tip ni dapat membantu ibu-ibu seperti aku dan juga wanita yang sentiasa sibuk ataupun dalam keadaan yang kecemasan yang mana masa cuma ada 5 minit ajer.


Bersolek atau bermekap memang mengambil masa yang panjang. Tetapi, bagaimana kalau kita hanya ada masa lima minit sahaja? Tip berikut boleh membantu anda tampil menawan:

1. Pakai pelembap ke seluruh wajah. Selepas seminit, sapukan alas mekap (foundation) secara tipis dan ratakan dengan menggunakan span bersaiz besar.

2. Tidak perlu pakai bedak. Terus kenakan pemerah pipi, tetapi jangan gunakan yang berbentuk krim kerana jenis ini mengambil masa lebih panjang.

3. Untuk mata segar menawan, jangan lupa pakai maskara.

4. Pakai penggaris mata berona hitam atau coklat tua.

5. Akhir sekali pakai gincu bibir dengan bantuan berus kecil kerana cara ini boleh membuatkan warna gincu lebih tahan lama.


Sumber: Gua.com




2 comments:

Puan Kutu said...

klu pakai bedak pun tak smp 5minit rasanya.tu sayalah.hehe..

dhiera zainudin said...

untuk hari-hari macam tak sesuai pakai eyeliner dgn mascara sebab susah nak cuci bila nak solat. lagi2 dekat ofis yang kite selalu kejar masa nak siapkan kerja~

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...