Showing posts with label Tips dan Petua Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua Kecantikan. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Makanan Untuk Penjagaan Rambut




Makanan Untuk Penjagaan Rambut

Penjagaan dan kesihatan rambut juga adalah penting dan perlu dititik beratkan tak kira perempuan mahupun lelaki. Bayangkan kalau kita takde rambut disebabkan kerosakkan dan kurangnya penjagaan yang rapi malu la kan! Kalau aku biasanya selalu gatal kulit kepala, nak kata ada kelemumur takde lah pulak. Kulit kepala aku jenis kulit kepala yang berminyak, so sekali sekala tu kalau sental dengan limau nipis tu akan rasa lega la jugak. Petua limau nipis dan santan kelapa aku selalu juga amalkan.
 
 
Telur – Asingkan antara putih dan kuning telur, kemudian ambil kuning telur dan sapukan pada rambut anda. Biarkan selama 15 hingga ke 25 minit. Seterusnya, bilas rambut anda menggunakan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Rambut anda akan lebih bersinar.

Madu - Campurkan 2 sudu besar madu lebah dengan 2/3 cawan minyak zaitun, kemudian urut ke rambut dan bungkus dengan menggunakan penutup rambut (showercap) selama 40 minit. Seterusnya, bilas dengan air bersih. Ia mungkin melekit pada rambut anda.


Limau Nipis - Ia cara terbaik untuk masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak. Lumurkan limau nipis pada rambut anda. Biarkan selama 25 hingga 35 minit. Kemudian, bilas rambut anda menggunakan air bersih.

Santan Kelapa - Santan kelapa boleh membantu untuk memastikan kelembapan rambut anda dan menyuburkan rambut. Cuci rambut anda menggunakan santan kelapa. Biarkan ia selama 45 minit hingga 1 jam mengikut keselesaan. Kemudian, bilas menggunakan air bersih.

Kacang Hijau - Kacang hijau boleh melebatkan pertumbuhan rambut anda. Rendamkan kacang hijau semalaman. Kemudian picitkan kacang hijau yang sudah lembut dan sapukan di atas kulit kepala. Biarkan selama 45 minit. Kemudian bilas rambut anda dengan air bersih.
 
 


Monday, May 7, 2012

Tutorial Buat Masker Telur Untuk Menegang & Menghaluskan Kulit Wajah



Tutorial Buat Masker Telur Untuk Menegang & Menghaluskan Kulit Wajah

Apa kata sekali sekala buat masker sendiri dengan menggunakan bahan yang tersedia ada di dapur rumah kita kan! Senang dan mudah, tak sampai 5 minit pun. Putih telur tu membantu menegangkan kulit wajah & susu akan melembutkan kulit kita. Buatlah 3 kali seminggu untuk mendapatkan khasiat yang lebih mujarab. Aku pun baru 2 kali membuatnya..huhu..


Bahan-Bahan:

1. Sebiji telur (cuma guna 2 sudu putih telur sahaja)
2. 1/2 sudu susu tepung (aku guna susu tepung anak aku jer)

Caranya:

  1. Campurkan putih telur bersama susu tepung. Gaulkan hingga sebati. 
  2. Sapukan pada seluruh wajah & leher. Biarkan Masker tersebut kering & kulit muka terasa tegang. 
  3. Bilaskan dengan air suam. Kulit muka aka terasa lembut & halus.




Saturday, May 5, 2012

Petua Merawat Rambut Gugur



Salam 1Malaysia

Sejak akhir-akhir ni ataupun pendek kata sejak lepas bersalin anak ke-2 ni la, terasa sangat banyak rambut aku gugur. Aku nak mencuba cara rawatan tradisional aje, jimat belanja dan yang penting tiada bahan kimia langsung. Lagi pun bahan-bahan senang nak dapat. Tapi nak mula buat tu amatlah malas. Kalo aku yang mahu menolongnya kan bagus..

Petua yang boleh merawat dan mengatasi masalah rambut gugur ni:
 
Petua Pertama:

Sediakan 2 biji limau nipis, perah limau nipis tu untuk dapatkan air atau patinya. Sapukan perahan air limau nipis selama 2 minggu. Limau nipis juga boleh menghilangkan kelemumur yang juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Ambik kulit limau nipis tu dan gosok-gosok dikulit kepala. 
 
Kemudiannya ambik kelapa parut dan masukkan dalam tuala, agak2 segengam camtu. Gosok di keseluruhan kulit kepala dan rambut. Santan digunakan untuk menyuburkan rambut. Bungkus kepala dengan tuala dan perapkan selama 30 minit atau lebih. Hasilnya, rambut juga akan sihat, subur dan bersinar. Ulang 3 kali seminggu atau lebih kerap untuk hasil yang memuaskan.

Selepas tu, ambik lendir daun lidah buaya dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut kita tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.

 
Petua Kedua : 
 
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
 
 
 
 

Sunday, April 29, 2012

Tutorial | 5 Langkah Mekap Dalam Masa 5 Minit


Tutorial | 5 Langkah Mekap Dalam Masa 5 Minit

 Salam 1Malaysia

Rasanya mesti ramai yang mengalami perkara camni kan? Kalo aku memang selalu camni, apatah lagi ada anak kecil yang dah menghabiskan banyak masa untuk mengemas anak-anak. Dah la masa mengejar-gejar kita. Pasti tip ni dapat membantu ibu-ibu seperti aku dan juga wanita yang sentiasa sibuk ataupun dalam keadaan yang kecemasan yang mana masa cuma ada 5 minit ajer.


Bersolek atau bermekap memang mengambil masa yang panjang. Tetapi, bagaimana kalau kita hanya ada masa lima minit sahaja? Tip berikut boleh membantu anda tampil menawan:

1. Pakai pelembap ke seluruh wajah. Selepas seminit, sapukan alas mekap (foundation) secara tipis dan ratakan dengan menggunakan span bersaiz besar.

2. Tidak perlu pakai bedak. Terus kenakan pemerah pipi, tetapi jangan gunakan yang berbentuk krim kerana jenis ini mengambil masa lebih panjang.

3. Untuk mata segar menawan, jangan lupa pakai maskara.

4. Pakai penggaris mata berona hitam atau coklat tua.

5. Akhir sekali pakai gincu bibir dengan bantuan berus kecil kerana cara ini boleh membuatkan warna gincu lebih tahan lama.


Sumber: Gua.com




Friday, April 27, 2012

Khasiat Timun Selain dibuat Ulam




Salam 1Malaysia

Timun merupakan elemen yang tidak boleh dipisahkan dari dunia kecantikan. Timun sifatnya sejuk, maka ianya amat sesuai untuk melegakan stress pada wajah yang lesu setelah seharian bekerja. Antara khasiat Timun adalah seperti berikut:

1. Dapat mengelakkan sembelit jika diamalkan memakan timun setiap hari 
2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.

3. Timun juga dapat mengatasi masalah artritis, gout dan reumatik dengan cara mencampurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi.

4. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.

5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri (keluar darah semasa buang air besar).

6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.

7. Dapat membantu untuk mengatasi masalah jerawat, parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur. Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering. 
p/s: semoga kita makan nasi, elok dijadikan timun sebagai ulam untuk mendapatkan khasiat yang lebih.

Monday, January 16, 2012

Petua Dan Tips Mengempiskan Perut

1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan. Petua ni memang susah sangat nak buat kan..time makan nasi tu, memang wajib la nak kena ada air sebelah. dah biasa sangat amalkan camtu. Tapi sekali sekala ada jugak kasihsalina amalkan petua ni.

2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah: Actually, petua ni orang biasa pun boleh amalkan dan tidak semestinya lepas bersalin jer.
  1. Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
  2. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
  3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
  5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka. (Dulu masa kat kampung selalu amalkan, sebab udara kat kampung kan sejuk. So, ada la embun membasahi rumput di halaman rumah.


Tips Mencantikkan Kuku Kaki Seperti di SPA



Seperti yang kita sedia maklum, kalo nak ke SPA tu memang melibatkan cost dan besarlah belanjanya. Bagi yang tak mampu macam kasihsalina ni memang tak merasalah nak ke SPA semata-mata nak buat rawatan kuku kaki jer. So, apa kata kita buat sendiri di rumah. Ala, cari2 & dan survey barang untuk rawatan supaya kita boleh menggunanya berulang kali.
1.Rendam kaki selama 10-15 minit dengan air hangat/suam yang dicampur tiga titik minyak esensial mint atau rosemary. Ini baik untuk menyegarkan dan menghilangkan bau kaki.

2. Selepas itu, gosok telapak kaki dengan alat scrub, tapi sebelum itu gosok dan sapukan minyak jojoba terlebih dahulu di telapak kaki, supaya kulit mati mengelupas / terkeluar dengan halus.

3. Untuk kelihatan cantik, potong kuku kaki menyimpang dengan bentuk rata di bagian depannya. Kikir kuku kaki agar tetap halus dan mencegah kuku kaki tumbuh di dalam kulit.

4. Akhir sekali, untuk memberikan kelembapan ekstra, gunakan pelembab khusus (krim) untuk kaki. Sapukan krim mulai dari telapak kaki sampai betis dengan gerakan memutar. Picit / urut di bagian telapak dan jari-jari kaki supaya melancarkan pengedaran darah dan boleh mengurangi pembengkakan juga.




Sunday, January 15, 2012

Petua Tradisional Mengilatkan Kuku Kaki



Tengokkan kuku kaki kakak tak berapa cantik sangat, pedahal umur baru 3 tahun lebih, terdetik dihati nak mencantikkan kuku kakinya, samalah jugak dengan kuku kaki ibunya, tak berapa nak cantik macam orang lain. So, duk google-google tu terjumpa la beberapa petua ni. Bolehlah rasanya nak menerai buat untuk diri sendiri, itu pun kalo masa mengizinkan.

Petua 1:

Kupaskan kulit bawang putih dan potong dua, gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu membuatnya sehingga menampakkan kesannya.
Petua 2: Petua ni selalu buat dengan kawan2 masa belajar dulu.
Letakkan 5 hingga 10 asam keping dan sedikit garam halus ke dalam satu baldi ataupun bekas besar yang berisi air suam.  Biarkan selama 15 minit supaya air tersebut sebati dengan bahan2 tadi. Kemudian, rendam tangan atau kaki anda ke dalamnya selama 20 hingga 30 minit. Amalkan sebelum anda masuk tidur dan hendaklah dibuat selalu untuk mendapatkan hasilnya.

Petua 3: Menggunakan Belimbing Buluh
  1. Cari belimbing buluh @ belimbing asam.
  2. Kemudiannya, gosokkan belimbing buluh ni ke kuku anda.
  3. Cuci tangan anda dengan air sabun dan keringkannya.
  4. Amalkan petua ni setiap hari sehingga menampakkan hasil. Setelah berhasil kelak, mungkin anda boleh buat 1-2 kali seminggu.


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...