1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan. Petua ni memang susah sangat nak buat kan..time makan nasi tu, memang wajib la nak kena ada air sebelah. dah biasa sangat amalkan camtu. Tapi sekali sekala ada jugak kasihsalina amalkan petua ni.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah: Actually, petua ni orang biasa pun boleh amalkan dan tidak semestinya lepas bersalin jer.
- Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
- Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
- Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
- Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
- Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka. (Dulu masa kat kampung selalu amalkan, sebab udara kat kampung kan sejuk. So, ada la embun membasahi rumput di halaman rumah.
1 comment:
salam perkenalan....tip yang berguna sbb lepas nie eika bleh amalkan....maklumlh dah dekat nak bersalin...klu ada kelapangan bleh la sis jenguk2 blog eika plak yer http://atikarafina.blogspot.com/
Post a Comment