Apa yang kasihsalina baca dalam Utusan Online, Nik Aziz @ Menteri Besar Kelantan ada menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang dilanda dengan pelbagai kontroversi peribadi, dinasihat segera mendirikan rumahtangga agar kehidupan peribadinya lebih terkawal. Tepat sekali nasihat Nik Aziz tu. Apek kan dah ada rumah banglo, kira berkemampuan la tu kerana Islam amat menggalakkan golongan muda yang berkemampuan untuk berkahwin demi menjaga maruah diri dan mengelak hubungan sosial melampaui batas. Nik Aziz berjumpa beliau semasa majlis penyerahan kunci rumah kepada Apek di Taman Kurnia Jaya di sini, semalam.
Apek menerima hadiah sebuah banglo setingkat bernilai RM200,000 daripada kerajaan negeri selepas membantu Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF 2010. Ini juga merupakan kali pertama keluarga mereka akan tinggal di rumah sendiri
setelah berpindah randah dari sebuah rumah sewa ke rumah sewa lain
selama lebih 20 tahun.
Nasihat bapa Apek pula, supaya Apek memberi fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu sebelum mendirikan rumahtangga dan berharap calon menantu atau bakal isteri KFCM juga berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
No comments:
Post a Comment