Monday, January 16, 2012

Hasan Ali, Apa Cerita Terbaru?


Khabarnya Datuk Dr. Hasan Ali mendakwa ada satu kumpulan ”parasit” dalam Pas yang telah mempengaruhi parti itu dalam program ceramahnya ke seluruh negara tidak lama lagi.
Parasit itu kini semakin kuat dan telah memegang pelbagai jawatan penting dan strategik dalam parti berkenaan. "Kumpulan parasit ini mempunyai kumpulan mereka, pertemuan-pertemuan, gagasan, matlamat dan visi mereka sendiri,” itulah petikan kata-katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Beliau turut mendakwa kewujudan kumpulan ”parasit” itu bukan satu fenomena baru dalam Pas, tetapi kini pergerakan kumpulan itu diteruskan dengan lebih bertenaga.
Hasan bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada kumpulan ”parasit” yang dimaksudkan mempunyai kaitan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Biarlah saya jawab perkara ini semasa roadshow (jerayawara) nanti... kerana antara isi syarahan saya akan bentangkan mengenai isu parasit ini,” katanya.
Isu itu dibangkitkan Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia sebelum ini apabila mendakwa terdapat sekumpulan parasit di dalam parti itu yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain, serta tidak suka isu arak dan murtad diperjuangkan di Selangor. Sumber diEdit kasihsalina dari Bernama.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...