Arsenal yang baru je menang berdrama dengan gol jaringan pemain lagendanya Henry minggu lalu dalam Piala FA ke atas Leeds Utd, rupa-rupanya sangat terdesak sangat-sangatlah.. di bahagian serangan apabila tewas pulak dah 2-3 kepada Swansea City di Stadium Liberty, semalam. Gunners ni kalau diikutkan perkiraan statistik tahap menengah sesangat memerlukan kemenangan tapi gol jaringan Danny Graham
pada separuh masa kedua memberikan kekalahan kedua berturut-turut buat kelab
London itu. Henry pada waktu tu direhatkan dibangku simpanan sambil mengunyah cwinggam dan cuma di masukkan pada pertengahan separuh masa kedua, itupun selepas Wenger sedar Henry ada kat belakangnya dek kerana asyik sangat.
Dah lah sebelum ni kalah kepada Fulham dalam perlawanan liga terakhir
mereka dan kini ketinggalan jauh untuk mengejar Machester City mahupun Manchecter Utd yang gah di persada liga.
Untuk rekod (macam pemberita TV3 selalu cakap) Robin van Persie
meletakkan pelawat (Arsenal ni kira pelawat lah dalam bahasa baik) di depan awal2 lagi pada mini kelima selepas menerima umpanan Arshavin.
Namun Swansea ni memang ketegaq sebab tak lama sangat lepas tu melawan untuk menyamakan kedudukan menerusi Scott Sinclair dengan kedudukan 1-1 pada minit ke-16 itupun selepas dapat penalti ihsan pengadil malam tu nama apa ntah.
Swansea ni memang liat sesangat terus pulak mendahului 2-1 pada minit ke-57 apabila pemain Arsenal, Ramsey seperti kasihan kepada
Joe Allen lalu terlepas bola sebelum Joe menghantarnya kepada Dyer, yang tak fikir panjang lalu menjaringkan gol pendahuluan.
Selepas Henry masuk pada minit ke-63, dan barulah terhegeh-hegeh enam minit kemudian Theo
Walcott berjaya menyamakan kedudukan kepada 2-2. Tapi yang hampehnya benteng Gunners ni pun macam longgar semacam jer apabila menyebabkan pasukan itu
dibolosi tidak sampai seminit jagung kemudian, apabila penyerang pemilik rumah,
Graham menemui ruang dan peluang sebelum melepaskan rembatan ke penjuru gawang menjadikan ini kemenangan yang patut diingat oleh penyokong mereka ke
atas Arsenal sejak 1982.
Di edit oleh: kasihsalina dengan santainya..
No comments:
Post a Comment