Saturday, January 14, 2012

Doa Pagar Kawasan Rumah Cegah Perompak Masuk


Cara-caranya:

1. Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3 kali selama 7 hari berturut-turut.

2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7 kali setiap penjuru dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat, baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru. InsyaAllah dipelihara-Nya.

Ayat ini jika diamalkan selalu dapat mengelakkan bencana, gangguan sihir yang dihantar ke rumah dan mengelak dari niat jahat perompak.

Maksudnya:

8. Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. 9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9)

Alhamdullilah, syukur sangat-sangat kerana diri ini masih dilindungi dan disayangi Allah. Sebagai manusia yang lemah, selagi ada daya haruslah kita berusaha. Berikutan kejadian perompak masuk ke rumah Wardina Safiyyah tempoh hari menyebabkan kasihsalina pun gelisah, takut menerima nasib yang sama apatah lagi mempunyai anak perempuan. Na'uzubillah, mintak dijauhi perkara-perkara buruk. Insyallah, kasihsalina akan pagarkan rumah dengan doa ni. Kebetulan pulak, memang kasihsalina hafal dan ingat ayat 8 dan 9 dalam surah Yasiin ni, mungkin berkat apabila selalu membaca Yasiin membuatkan kita ingat ayat-ayat dalam surah yang dibaca.




No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...