Monday, January 16, 2012

[Kesian] Rumahtangga Rita Rudaini & Aidil Zafuan Goyang Lagi


Wanita.. engkau bintang, engkau juga suria, wanita.. kerana keistimewaan mu.. terpikul segala amanah dibahu mu.. Lagu ni nyanyian Salamiah Hassan, berjudul 'Dia Wanita.' haha.. apa kena mengena lagu ni dengan Rita Rudaini? Sebabnya Rita adalah seorang perempuan dan wanita dan juga ibu. 

Sejak minggu lepas, rasanya kecoh dalam twitter yang khabarnya pasal Rita Rudaini berperang dengan adik iparnya, Zaquan dan terbaru pula, khabarnya Aidil Zafuan, suami Rita sudah membawa semua barang-barang peribadinya dari rumah Rita. Ohhh..kesiannya, ini bermakna, adakah Zafuan akan meninggalkan Rita?

Dalam keadaan seperti ini, yang menjadi mangsa adalah WANITA (Rita) dan anak-anaknya. Anak-anak akan menjadi mangsa kepada masalah rumahtangga. Wanita yang ada suami pun agak sukar untuk menguruskan anak-anak.

Dalam hal seperti ini, ibubapa sepatutnya menjadi 'jaksa pendamai' demi kebahagiaan anak menantu dan juga cucu yang telah pun lahir kat dunia ni. Tidak dinafikan sebagai manusia biasa, mungkin Rita pernah buat silap dan sebagai ibubapa kita hendaklah pasrah dan menerima takdir Ilahi dan sekali sekala apa salahnya ketepikan emosi untuk kebaikan bersama.

p/s: kita selalu dengar kata-kata nasihat, kalah tidak bererti mengalah. Fikir-fikirkan lah.



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...