Monday, January 23, 2012

Korban Terbaru di Pantai Sepat!


Pantai Sepat yang sering menjadi tumpuan..
Baru semalam kita dengar kes budak mati lemas kat Pantai ni, hari ni tragedi sama berulang lagi.

Sedikit petikan dari BERNAMA:

*Pantai Sepat di sini hari ini meragut satu lagi nyawa apabila seorang remaja lelaki mati lemas ketika mandi-manda bersama ahli keluarga yang lain, petang tadi.
*dikenali sebagai R. Alvin, 16, dari Tanah Putih di sini meninggal dunia pada pukul 6 petang manakala saudara perempuannya R. Thanusa, 13, dari Batu Arang, Selangor berjaya diselamatkan daripada lemas.
*mangsa bersama empat keluarga yang terdiri daripada keluarganya dan saudara maranya berkelah di pantai itu sempena cuti Tahun Baru Cina.


Pihak berkuasa perlu buat pemantauan atau pasang peringatan, nak halang mungkin tak boleh sebab masa cuti ni lah nak berkumpul kat tempat macam ni.
-----------------------------------------------

- Ingat nak pi the Carnivall Sungai Petani lah minggu depan, bawa anak2 main air puas2, walaupun berbayar asalkan selamat dan terkawal.


2 comments:

Unknown said...

Malang tak berbau.. cegah sebelum terkena.. ibubapa tak seharusnya membawa anak2 mandi laut dlm keadaan ombak masih bergelora.. jika nak mandi juga pakaikan jaket keselamatan...

Kasih Salina said...

yup cadangan bagus tu, cuma pakai jaket pun jgn jauh sangat dari pantai..nanti hanyut..jadi gelabah juga..tambah lg kalau ombak tarik ke tengah..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...