Monday, January 16, 2012

Buat 7 Perkara Untuk Bermotivasi di Waktu Pagi


Pagi, ahhhhh... malasnya nak bangun, lemah, longlai, lesu, tak cukup tido, sakit badan dan sebagainya. Semuanya akan terasa kalo time nak bangun tido pagi2 tu kan, tambah lagi kalo yang belum berkeluarga & belum ada anak yang nak ke sekolah, liat semacam jer..
Kalau yang tinggal serumah dengan ibubapa tu memang bernasib baik la, takde chance lah nak bangun lewat-lewat, nanti kena leter dengan mak. So, untuk rasa diri sentiasa bersemangat diwaktu pagi, ayuh kita amalkan perkara-perkara seperti:
01. Bersyukur, bersyukur & sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t bagi
Bersyukurlah sebab kita masih diberi peluang bernafas untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Fikir dan baca benda-benda yang positif terlebih dahulu supaya kita akan mendapat aura yang positif. 
03. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. 
Ala, kalo nak lagi senang kan, download jer ceramah-ceramah agama dalam youtube dengan menggunakan youtube downloader, sambil bawa kereta ke tempat kerja tu boleh la dengan cermah-cermah agama yang lucu-lucu tapi ada isi untuk kebaikan.

04. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Jika selama ni kita asyik buat benda yang sama jer. Mulai hari ini, ubah sikap kita dan set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

06. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni amat berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...