Wednesday, January 11, 2012

Adam Adli (Pelajar UPSI) Digantung 3 Semester


Pelajar UPSI ataupun aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim, 22 tahun telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menurut kenyataan menerusi Twitter daripada Solidariti Mahasiswa, keputusan itu selepas Adam Adli mendengar perbicaraan disiplin selama sejam di universiti.


Pelajar UPSI ini dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti atas dakwaan berkenaan dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu. Semasa demonstrasi berlaku, Adam Adli didakwa menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sampai macam tu sekali ye. Nampak gayanya kalo kita nampak poster muka PM jatuh kat tanah, kena la cepat-cepat ambik ye, takut nanti timbul pulak dakwaan yang kita turunkan poster Datuk Seri Najib.

Menurut sumber yang kasihsalina baca, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, lima anggota jawatankuasa tersebut telah mendapati Adam Adli, bersalah atas dua dakwaan – mencemar dan menjejaskan reputasi universiti dan mengancam moral serta ketenteraman awam. Bagi kasihsalina, memang tepat sekali 'si budak nakal' ni memalukan seluruh ahli keluarga UPSI la kan. Bahkan, si Adam Adlin ni juga turut mempunyai kes disiplin dan dia pernah diberi amaran oleh pihak universiti. Al-kisahnya pulak dah. Apa sudah jadi ni.

Pelajar TESL ini juga berkata, dia tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan untuk mengantungkan pengajiannya itu dan katanya lagi adalah lebih terhormat untuk didapati bersalah dan digantung pengajian selama tiga semester kerana berjuang untuk kebebasan akademik daripada dipenjarakan setahun kerana mengambil rasuah. Tu dia ehhh..semangat betol anak muda ini. So, berjuanglah dek demi kebenaran sementara masih muda. Good Luck for Adam Adli....


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...