Liga Super. Alahai, nampak seperti Kelantan tak cukup kuat musim ini. Segar dengan kemenangan di Std Jalan Besar, Singapura baru2 ini, Kelantan dan PKNS Selangor sekadar seri 1-1 pada perlawanan tunggal
Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Tiada gol pada first half. Selepas pemain import baru mereka Muhammad Ghaddar
serta Indra Putra dan Nur Farhan masuk pada
separuh masa kedua barulah second half nampak rancak sikit. Dikatakan lebih 10,000 penonton hadir, akhirnya Kelantan berjaya
mencari gol pertama hasil rembatan kencang ketua pasukan, Mohd Badhri
Radzi pada minit ke-70.
Namun pada minit ke-78 PKNS
dihadiahkan sepakan penalti yang dilangsaikan oleh Fauzan
Dziulkifli untuk menyamakan kedudukan sehinggan tamat perlawanan.
Liga Perdana. Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) menang besar setelah membelasah Majlis
Bandaraya Johor Bharu 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar.
Pos
Malaysia pun kenduri besar membaham Majlis Perbandaran Muar 4-0 di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang (MPS).
Pahang pula menewaskan Harimau Muda 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menewaskan pasukan USM FC 2-0.
Pasukan baru, Negeri Sembilan Betaria mencatat keputusan seri 1-1 kepada Johor di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Perlis pula adoyai kalah lagi apabila tewas 1-2 kepada Sime Darby di Stadium Utama, Kangar.
No comments:
Post a Comment