Pengacara MHI, Wardina Safiyyah dan keluarga telah dirompak awal pagi tadi dan pencuri yang disyaki oleh Wardina merupakan warga Indonesia. Takziah kepada mereka sekeluarga & kesian kepada anak-anak beliau yang masih dalam keadaan trauma. Menurut Wardina melalui twitter nya, terdapat 3 orang yang bertopeng memasuki rumah beliau dengan bersenjatakan parang dan tongkat.
Suami beliau, Ikwan juga turut dipukul oleh perompak terbabit berikutan tidak berpuashati kerana tidak memperolehi barang kemas. Wardina & anak-anak hanya mampu berlindung dibawah selimut kerana ketakutan yang amat sangat. Perompak berjaya membawa lari 5 biji laptop & Hp miliknya. Nasib baik Tuhan masih pelihara Wardina dan Famili dengan mengerakkan hati jirannya untuk telefon polis. Semoga kita semua lebih berhati-hati dan dilindungi Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment