Friday, April 27, 2012

Khasiat Timun Selain dibuat Ulam




Salam 1Malaysia

Timun merupakan elemen yang tidak boleh dipisahkan dari dunia kecantikan. Timun sifatnya sejuk, maka ianya amat sesuai untuk melegakan stress pada wajah yang lesu setelah seharian bekerja. Antara khasiat Timun adalah seperti berikut:

1. Dapat mengelakkan sembelit jika diamalkan memakan timun setiap hari 
2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.

3. Timun juga dapat mengatasi masalah artritis, gout dan reumatik dengan cara mencampurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi.

4. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.

5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri (keluar darah semasa buang air besar).

6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.

7. Dapat membantu untuk mengatasi masalah jerawat, parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur. Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering. 
p/s: semoga kita makan nasi, elok dijadikan timun sebagai ulam untuk mendapatkan khasiat yang lebih.

1 comment:

mama aini said...

Thanks salina share khasiat timun ni..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...