Monday, April 30, 2012

Fasha Sandha Honeymoon di Pulau Redang





Fasha Sandha Honeymoon di Pulau Redang bersama Jejai pada awal bulan Mei ini nanti. Beberapa lokasi menarik di sana sudah pasti menjadi tumpuan pasangan pengantin baru ini, dan salah satunya pasti ada dalam gambar-gambar menarik di pulau peranginan terkenal ini.

Sudah pasti pasangan dua sejoli ini akan menaiki salah satu daripada kemudahan pengangkutan yang ada iaitu sama ada dengan menaiki bot ataupun pesawat Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang. Jadi 'paparazzi' Malaysia bolehlah berkampung di Airport Subang nanti mungkin boleh memilih tarikh 1 Mei sempena Hari Buruh di Malaysia. Itupun jika Jejai tidak membuat sebarang gimik lagi dengan menggunakan helikopter untuk ke sana. Untuk makluman, pengangkutan awam darat seperti bas ekspres mahupun teksi limosin secara terus ke pulau terkemuka itu belum lagi disediakan buat masa ini.












1 comment:

nazayiena said...

Pulau Redang pun cantik dan sesuai utk honeymoon.....

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...