Monday, April 30, 2012

Cantik Rita Bertudung Semasa Menghadiri Mahkamah Untuk Proses Penceraian



Sejuk mata memandang akan Rita Rudaini yang cantik dan ayu dengan memakai hijab. Mungkin imej sebegini kot yang Aidil mahukan! Siapa tahu kan, jika Rita terus kekal dengan imej berhijab akan membuka ruang hati Aidil dan keluarga mertua Rita untuk menerima Rita dan anak-anak seadanya. Hati manusia boleh berubah dengan izin Allah swt..

Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, dia tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil, 25, memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak suaminya itu keluar dari rumah empat bulan lalu.

"Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu.

"Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung," katanya yang ditemui selepas perbicaraan tamat.

Rita yang memakai jubah hitam dan tudung warna biru itu hadir bersama peguamnya serta ibu, ayah dan saudaranya manakala Aidil yang bersut hitam turut hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari dan ibu bapanya.
 
 
Sumber: Mstar
 
 
 

1 comment:

mama aini said...

apapun keputusan mama harap rita redha..memang cantik kan rita bertudung ni..mama pun suka tgk rita berlakon..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...