Menurut Rita, dia masih lagi ingin menyelamatkan rumah tangganya memandangkan dia dan Aidil telah melalui pelbagai dugaan bersama sejak berkahwin pada 25 Februari 2008 dan masih lagi menyayangi perkahwinannya itu.
"Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa," ujarnya.
Dalam pada itu, Rita turut berkata, Aidil seorang yang tidak berpendirian tetap kerana hal rumah tangganya sering dicampuri pihak keluarga Aidil.
"Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain.
"Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah.
"Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain," katanya.
Sementara itu, Aidil yang terus beredar selepas perbicaraan membuat kenyataan ringkas dengan berkata: "Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah."
Mahkamah menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada 16 Mei ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Pasangan yang bernikah secara rahsia itu, telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Dalam pada itu, hubungan mereka mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki sejak awal lagi.

Sumber: Mstar
2 comments:
harap dapat diselesaikan la masalah diaorang tu
ehem..tak guna mengharap pada org yg dah tak sayang kita lagi..harap rita redha..
Post a Comment