Tuesday, January 31, 2012

Breakfast Pagi Tadi..

Nasi lemak Enam kupang (Bilis + telur potong 8)

Kepala masih lagi pening, mata berpinar dan hidung tersumbat, rimas sangat2 rasanya.. tapi itulah dugaan dari Allah s.w.t. Nak sambung tido, rasanya lagi berat kepala masa bangun nanti.. So, baik breakfast dulu.. Macam biasalah di Kedah ni, mana nak jumpa makanan pagi selain dari kuih dan nasi lemak bilis + telur ataupun nasi lemak + ayam.

Sangat berbeza jika dibandingkan makanan pagi yang ada kat Terengganu. Biasanya, masa balik kampung memang enjoy giler time breakfast. Mana tak nya kan.. macam2 ada.. hari2 menunya lain2.. bila kita terbiasa dengan menu macam2, akan terasa jemu kalau cuma 1 pilihan jer yang ada..
Antara makanan pagi yang ada kat Terengganu: 
  1. Nasi Dagang - ikan togkol (menu utama & paling famous - ceruk kg mana pun mesti ada la)
  2. Nasi Minyak - gulai ayam/daging + acar timun + sambal belacan (negeri lain masa kawin jer ada)
  3. Nasi Kerabu - macam nasi ulam tu la.. 
  4. Laksam - Kuah lemak warna putih
  5. Kuih-muih (pelbagai jenis ada)
Rasanya kalo kat Terengganu tak pernah jumpa Nasi Lemak enam kupang macam gambar kat atas tu.. Anyway, Lain Padang, Lain La Belalangnya kan...!!!


Monday, January 30, 2012

Awan Nano - Hafiz Juara AJL 26



Tahniah buat Hafiz - merangkul Juara Anugerah Juara Lagu (AJL 26) & memenangi Kategori Vokal Terbaik.. Memang Hafiz layak menjadi juara, hasil gabungan mantap penulis lirik dan komposer.

Lagu : Awan Nano
Komposer: Datuk M.Nasir
Penulis Lirik: Buddhi Hikayat


Jom, kita layan dulu video klip Awan Nano

 




Sunday, January 29, 2012

Tanda - Tanda Akan Berlakunya Kiamat

TOLONG SHARE UNTUK PERINGATAN KEPADA KAWAN - KAWAN KITA JUGA

Gambar - Sekadar hiasan dan mengingatkan kita kepada Pencipta Langit & Bumi
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Kita selalu kirim macam-macam bende kat FB kan, terutamanya hal duniawi, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir. Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga umat Muhammad s.a.w, segeralah bertaubat, jangan tunggu sampai hari pembalsan muncul (kiamat), sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan mengasihani hambanya.

Allah berfirman :  
"Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"

Tanda-Tanda Kiamat akan Berlaku seperti berikut:
  1. Kemunculan Imam Mahdi
  2. Kemunculan Dajjal
  3. Keturunan Hazrat Isa (AS)
  4. Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
  5. Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  6. Pintu pengampunan akan ditutup
  7. Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
  8. Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
  9. Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan,
  10. Kemusnahan Kabah,
  11. Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
  12. Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir akan mati bersama kiamat, semua gunung & bangunan akan runtuh
  13. Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi pada jarak 1jengkal atas kepala.


Sumber: FB Ustazah Pilihan



Saturday, January 28, 2012

Jalan-jalan ke Kuala Perlis Jer Termampu...

Semalam, Jumaat petang kami sekali lagi ke Perlis kali ni menuju ke Kuala Perlis sekadar nak memenuhi hujung minggu..(Kedah kan cuti Jumaat & Sabtu). Perjalanan ambik masa lebih kurang 40 minit..itupun kalau bawa 80-90km/j. Hati2 sikit, kawasan ni lubuk emas speed trap. Lokasi tetap bawah jejambat yang paling dekat dengan kampus tetap UniMaP...atau lain2 jejambat.

Beberapa pics ketika dalam perjalanan kami (ikut susunan):

Sawah padi terbentang luas sepanjang jalan ke Kuala Perlis...

Sempat juga merakamkan aksi jentera ni bekerja...

Sampai kat Kuala Perlis, ini adalah lokasi utama nak menjamu selera dengan 'Sea Food" fresh

Sepanjang tepi laut ni berdekatan tempat makan ada laluan pejalan kali, nak joging pun best

Cantik view masjid tu kan, sebelah kanan tempat makan2

Hotel Brasmana ni yang paling dekat dengan tempat makan tadi...
Kat Hotel Brasmana ni lah tempat pelakon terkenal Ezani buat majlis resepsi perkahwinan dia, lagipun dia memang orang Kuala Perlis siap dengan bisnes belacan lagi.


Haa..hotel ni memang agak terkenal kat area ni, kat rumah kami pun ada sebuah memang sentiasa penuh!

Sebuah lagi hotel yang ada betul2 depan Terminal Feri Kuala Perlis
Hotel2 kat atas tu memang paling strategik kat sini sebab dekat sangat dengan Terminal Feri yang nak ke Langkawi tu. Ada sebuah lagi Seaview Hotel tapi jauh sikit jer..tapi dekat dengan tempat letak kereta (untuk yang nak ke Langkawi, kemudahan parking kereta banyak sangat). Sebenarnya pekan "koboi" Kuala Perlis ni makmur sebab ambik tuah dari pulau lagenda tu walaupun dari negeri yang berlainan. Apapun itu rezeki masing2..kami kalau ke Langkawi akan melalui Kuala Perlis sebab lebih dekat dan suka dengan kemudahan yang ada.

Sekitar Terminal Feri ni akan jem giler kalau time cuti sekolah, jalan utama depan tu sempit sangat
Kawasan kat Terminal Feri memang memeningkan kepala, siapa yang pernah datang masa cuti sekolah akan tau, nak berhenti kejap turun beg2 depan terminal bukan senang macam depan airport. Silap2 kena menapak 100m usung beg masing2. Jalan kat sini memang sempit2 belaka. Parking lot untuk letak kereta 'bermalam' ada juga yang berbumbung tapi kena menapak 50-100m dari terminal ni. Caj dia aku lupa dah...tapi mahal macam kat airport Kepala Batas di Alor Setar tapi security tak payah cakap lah memang mana2 pun tak terjamin. Dari sini kami nak ke Kak Su Laksa lebih 1Km lagi...

Kak Su Laksa...terkenal dengan Laksa Beras (laksa Kuala Perlis)

Salah satu makanan wajib kat Kak Su Laksa ni, Pulut Udang cuma 30 sen sebijik

Posing sikit..

Adik pun nak berposing..(Kasyif)

Laksa Kak Su, pujaan ramai...cobaann..
Kak Su laksa ni memang menjadi tumpuan ramai, lokasi tak strategik mana pun, kiri-kanan cuma deretan kedai yang kurang seri, kedai terbiar, kedai kosong..tapi kalau datang sini peak hour, memang jem pek lah! Entah macam mana boleh terkenal sampai ke merata negeri...So petua dari aku, jangan datang dalam jam 11pagi-2 petang, datang lewat petang jam 4-5pm pun masih sempat lagi makan. Tutup hari Selasa...ok.

Lepas makan Laksa Kak Su, aktiviti wajib..kena cari taman permainan dulu..bagi bebudak ni girang..

Tu dia..view ni..!

Fuh, tenangnyer kat kawasan ni, setenang airnya..
Gambar2 bot yang banyak atas tu salah satu view yang bagi aku paling best kalau sampai kat kawasan perkampungan tepi laut ni, kat area ni lah berlambak orang menjual belacan, mentarang dan apa benda ntah yang kat lumpur laut tu, sorry gambar tak der sebab tak singgah.

Yang ni aku rasa kat KL tak jual...
Makanan kat atas tu memang popular sangat kat sepanjang tepi laut di Kuala Perlis ni sejak beberapa tahun ni...benda ni datang dari selatan Thailand..dia macam fishball dan sosej saiz besar tapi pelbagai rasa, ada sosej yang perisa tomyam, ada isi ayam, isi pulut atau nasi..macam2lah, kita pilih mana yg berkenaan dan dia akan bakar dulu, harga RM1 secucuk, yang sosej saiz normal cuma 50 sen. Jangung bakar bermadu kat sini pun sedap2 belaka..harga RM2 ada yang RM2.50.

Balik beli makanan ringan tadi kami lepak makan sini, sambil tunggu matahari terbenam..

Cantek kan...?

Ambik gambar dorang pulak...

Kasyif tertutup mata dek angin laut yang betiup kuat...

Eh..eh..suker...

Hmm..tacing pic ni...

Tenang jer tengok pic ni...

Matahari mula terbenam...
Kalau nak tanya apa2..sila tinggalkan komen, mesti ada juga yang pernah datang sini..kita share


Thursday, January 26, 2012

Shopping di Padang Besar, Perlis

Kamila dah ready ni Abah...(dengan beg dia Angry Bird tu dan beg adik)
Selasa lepas kami ke Padang Besar, Perlis yang betul2 bersempadan dengan Thailand, dari rumah kami di pekan Changlun lebih kurang 35Km je. Kakak (Kamila) yang paling bersemangat, walaupun dia tak faham lagi nak ke mana petang tu...

Ni view yang cantik, sampai ke kawasan ladang tebu Chuping...
Kami bertolak 4.00PM. Biasanya akan ikut laluan ke ladang tebu Chuping (ladang tebu yang terbesar di Malaysia). Cuma masa awal2 sampai kat kawasan ladang ni dari arah kampus baru Univ. Malaysia Perlis (UniMaP), kawasan yang dulunya penuh dengan tanaman tebu dah bertukar ke ladang getah... Anyway view kat sini,..memang cantik sangat, terutamanya selepas kita melepasi kawalan UPP (yang cegah penyeludupan tu), ladang tebunya seluas mata memandang.

Kalau ikut Kangar-Padang Besar akan terasa jauh sebab kami datang dari arah Changlun, Kedah. 4-5 tahun dulu jalan ni tak sebesar dan bagus macam kt gambar atas tu, nak-nak masa dia tengah bina jalan baru..masa tu punyalah berhabuk..selisih lori besar, kereta berhimpit kiri kanan, jentera lagi. Apapun masa tu orang still ke Padang Besar lagi dek kerana tarikan yang dia.

Tengok pic ni tau dah kat area mana, lepas trafik lite ni belok kanan jer..
On the way tu berselisih dengan banyak kenderaan nak balik ke destinasi masing2 (banyak Plat No. W**, J**, C**, A**)..lagipun masa ni masih cuti perayaan lagi.

Kenderaan parking sampai simpang ke Balai Polis Padang Besar, kat sini parking free. Masuk dalam kena caj RM2
Bila dah sampai, tempat pertama biasanya orang tuju yang paling dekat dengan parking lot kereta, atau deretan kedai2 yang menjual pelbagai barang2 seperti pakaian (pakaian baby, kanak2 memang best sini macam yang orang jual dalam Facebook tu), hiasan rumah, jersi bola sepak (gred 3A), makanan ringan (keropok, kekacang, kerepek, manisan dsb), comforter/ toto, hiasan gaya Inggeris, beg tangan, kelengkapan rumah, patung2 comel, teddy bear kecik besar..macam2 lah...kebanyakannya barang2 dari Thailand dibawa ke sini..murah2 belaka!

Jangan lupa ke kompleks membeli-belah 2 tingkat yang terletak kat tengah2 kawasan ni, jangan ingat macam Shopping Complex kat bandar pulak yer..nanti tengok pics kat bawah mcm mana rupanyer..

Seluar ni beli untuk Adik (Kasyif)..
Salah satu antara banyak2 kedai menjual pakaian baby dan kanak2..yang ni masa kat kompleks tu..
Stokin baby..cantik-cantik
Haa..nampak tu masih ramai orang walaupun dah lewat petang..masa cuti sekolah/ perayaan macam nilah banyak stok barang baru sampai...
Salah satu gambar masa kat kedai jual jersi bola sepak, kebanyakannya yang liga BPL, Spanish Primera, Serie A Italy..
Kalau kat kedai jual jersi bola, hubby lah yang suka pi tengok walaupun kadang2 tak beli apa..dia suka belek..tanya stok ada ke tak, tanya dan compare harga 'baik'..tengok kualiti kain/ design lagi..macam2 lah..janji puas dapat pegang haha. Lagipun sebelum ni dia dah sambar jersi Barcelona (home)..

Harga toksah berkira..memang murah sangat compare dgn kualiti dekat sini memang 'terbaekkk'..barang memang macam original. Sebab tu orang sebelah Selatan sanggup cari sampai sini huhu.Jersi yang antara paling laku ialah dari kelab Queen Park Rangers (QPR) yang bos AirAsia beli tu...Jersi Harimau Malaya pun tak putus2 stok.

Kamila nak baju ni...
Barang 'kemas' pun berlambak kat sini...
Nah sapa ada anak lelaki, ambik ni..Liverpool pun takper..yang kelab lain pun banyak lagi
Kedai jubah..jubah lelaki dan wanita semua ada, datang dari negara Arab sana..kualiti best!
Haa..yang ni gambar adik masa kat taman permainan..balik dari 'bershopping segan'..bukan shopping sakan huhu.
Okay puas tengok gambar dah..nanti aku upload lagi kalau ada yang menarik..nak kena pilih2 dulu.. 

Sikit info kalau nak datang kat sini jangan datang lewat..kalau awal biarlah seawal 8 pagi..lepak breakfast dulu..kedai makan keliling ada. Kalau dah nak tengahari sampai petang memang jem time cuti sekolah. Lewat petang macam 4-5PM dah kira ok. Hari lain weekday atau weekend kalau bukan cuti sekolah/ perayaan takper. Kalau yg datang dari jauh, bawa duit lebih..nanti sampai sini menyesal tak sudah. Kalau tak mampu tahan dugaan..jangan datang..beli kat Facebook jer..hehe.

Boleh Share kat FB macam biasa tekan button atas kat tajuk post ni..Kalau nak tahu harga..sila tinggalkan komen kat bawah...

Wednesday, January 25, 2012

Anak Asset Ke Syurga atau Neraka?

Dalam pada duk layan video kawin Ally Iskandar tu, jom sat kita tengok video ceramah agama yang boleh memberi manfaat dan memberi 1001 makna dalam hidup kita. Adakah kita mampu membawa anak kita ke syurga? Anak adalah anugerah Allah yang tak terhingga dan janganlah kita mempersia-siakan mereka hingga termasuk atau menjadi Ahli NERAKA. Nauzubillah.. 


 




Video Nikah Ally Iskandar Pulak

Sekali lagi pasal Ally Iskandar dan isterinya menjadi topik aku, kali ni aku share video dia. Tak jemu aku nak Share pasal pernikahan Ally Iskandar ni..Kalau korang nak Share guna FB yang aku dah buat kat penjuru kanan topik ni, nak Share tak salah..tak payah minta izin. Oh yer, jangan lupa sediakan tisu sebelum mainkan video ni kalau korang jenis mudah tersentuh...huhu, Anyway klip video ni aku kredit kepada Gua.com..


 


Kolonel Burger KFC Alahai Keciknya!

Sajer aku buat gambar ni bagi kecik, tak payah buat extra large..

Baru2 ni aku pesan kat hubby nak beli zinger burger tok janggut putih tu (KFC) buat makan malam yg simple, masa tu dah pukul 10.25pm, tapi zinger burger kegemaranku dah sold out, jadi hubby aku call tanya nak kolonel burger tak (aku dalam kereta jer dgn baby, tak keluar). Aku tak pernah test burger ni, kamila pulak nak ayam goreng so yang ada cuma drumstick dan wing yang ciput2 jer..

Cepat habis malam ni, biasanya sampai dekat nak jam 11 pm nak tutup pun ada lagi...mgkin sebab masa tu ramai orang/ budak UUM naik bas kat Changlun ni (nak balik kampung). Sampai jer kat rumah...tengok2..ler keciknya burger ni, saiz lebih kurang tapak tangan baby aku jer (Kasyif) yang baru 8 bulan ni..hmmm..KFC mesti sedar hal ni, lepas jer kejadian menyentuh hati ni aku pun apalagi "cekidot".. rupanya blogger lain pun ada mengeluh dengan saiz kolonel burger yg extra small ni...


Tuesday, January 24, 2012

(Gambar) Majlis Pernikahan Ally Iskandar






Cantek-cantek semua kan, suasana, latar belakang, pakaian ringkas, dan pengantin baru nampak sama cantik, sama padan, sama tinggi..oops, gurau jer Abang Ally..Selamat berbahagian ya!



***Kesemua gambar kredit kepada jurugambar khas mereka iaitu Ministry of Moment (ada tertera highlight), KasihSalina tidak langsung edit gambar2 ini. Selamat manjamu mata kepada peminat ALLY Iskandar.

Gambar Anak Serina Redzuan [Cucu Ke-2 Chef Wan]


Semalam, 23 Januari 2012, Dalam FB Datuk Chef Wan mengumumkan kelahiran cucunda ke-2 nya iaitu ank Serina, bukan Chef Riz ye.. haha.. Menurut twitter @serinaredzuawan, beliau melahirkan rasa bersyukur kerana selamat lahirkan 'princess dragon', yang diberikan nama Isabella Saffiya. Berat cucu kesayang tok wan ni 3.30 kg. Serina selamat melahirkan bayi comel dia ni ditemani suami dan keluarga terdekat kerana Datuk Chef Wan berada di luar negara tika dan saat itu. Tahniah buat Serina dan suami dan juga Chef Wan.

Sumber: Twitter Serina @serinaredzuawan


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...