Showing posts with label Ally Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Ally Iskandar. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Mingguan Wanita: Ally Iskandar Percaya Pada Jodoh Pilihan Keluarga



Mingguan Wanita: Ally Iskandar Percaya Pada Jodoh Pilihan Keluarga. Sebenarnya banyak aku buat posting tentang Ally Iskandar, antaranya yang paling hits dan hots di blog aku ni ialah (sila klik-->) Gambar Perkahwinan Ally Iskandar dan Blogger Farah Lee (10 Share) --- Gambar Nikah Ally Iskandar Lagi (44 Share) --- (Gambar) Majlis Pernikahan Ally Iskandar (7 Share) --- Video Nikah Ally Iskandar Pulak (21 Share). Kali ini aku ingin share sikit pasal Ally Iskandar Percaya Pada Jodoh Pilihan Keluarga yang tersiar dalam majalah Mingguan Wanita Bil. 1473 keluaran 10-16 Februari 2012 (seperti gambar di bawah).

Sama cantik sama padan...gigi putih belaka!
Aku tak nak ulas panjang sebab ini adalah review saja, lagipun terikat dengan copyright Karangkraf. Apapun tarikh 20.01.2012 menjadi tarikh keramat yang amat, buat pasangan pengantin baru ini setelah Ally terlebih dahulu terkecewa dan dikecewakan sebelum ini. 

Antara intipati:
- Ally terpaksa berpisah sementara dengan Farah demi memastikan isterinya berjaya menamatkan pengajian di University Inha, Korea Selatan.
- Mengenai hantaran daripada pihak Farah, antaranya iPhone 4S.
- Menegnai hantaran daripada pihak Ally, antaranya laptop MacBook dan sebuah rumah (kunci rumah diberi sebagai simbolik)
- Sepanjang kenal tidak pernah ucap I Love You.
- Bagaimana mereka berkenalan.
- Bagaimana situasi Farah ketika dilamar.
- Kesemuanya ada 21 gambar menarik pasangan pengantin dan detik-detik terindah terakam dalam Mingguan Wanita kali ini.

Majlis resepsi telahpun selamat diadakan pada 5 Februari yang lalu di Terengganu Golf Resort

*Masih belum terlambat untuk mendapatkan senaskah hari ini, aku rasa masih ada lagi di rak-rak kedai majalah seluruh negara. Kosnya cuma RM3.30 dengan pelbagai isu lain seperti:

- 10 sebab anda perlu kahwin
-Jangan salah uji kesetiaan suami
- Apabila ustaz jadi perantaraan



Wednesday, January 25, 2012

Video Nikah Ally Iskandar Pulak

Sekali lagi pasal Ally Iskandar dan isterinya menjadi topik aku, kali ni aku share video dia. Tak jemu aku nak Share pasal pernikahan Ally Iskandar ni..Kalau korang nak Share guna FB yang aku dah buat kat penjuru kanan topik ni, nak Share tak salah..tak payah minta izin. Oh yer, jangan lupa sediakan tisu sebelum mainkan video ni kalau korang jenis mudah tersentuh...huhu, Anyway klip video ni aku kredit kepada Gua.com..


 


Tuesday, January 24, 2012

(Gambar) Majlis Pernikahan Ally Iskandar






Cantek-cantek semua kan, suasana, latar belakang, pakaian ringkas, dan pengantin baru nampak sama cantik, sama padan, sama tinggi..oops, gurau jer Abang Ally..Selamat berbahagian ya!



***Kesemua gambar kredit kepada jurugambar khas mereka iaitu Ministry of Moment (ada tertera highlight), KasihSalina tidak langsung edit gambar2 ini. Selamat manjamu mata kepada peminat ALLY Iskandar.

Sunday, January 22, 2012

Ally Iskandar Beli Rumah Sebagai Hantaran


Semua dah tahu dan masih ingin tahu perkembangan pasca-pernikahan Pengacara TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, yang telahpun selamat diijabkabulkan dengan Nurfarahin Romli, 23, pada majlis akad nikah di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di Kuala Terengganu pada 20 Januari lepas. Salah satu hantaran beliau ialah sebuah rumah di Damansara.

Kalau ada idea nak kongsikan panduan membeli rumah (kediaman) atau pengalaman2 lepas, bolehlah kita sama2 share sebab ada yang mempunyai rahsia memiliki lebih dari sebuah rumah sama ada untuk disewa, sebagai peluang pelaburan mahupun untuk persediaan di kemudian hari..(contoh macam Ally ni beli rumah untuk dijadikan sebagai hantaran).


Friday, January 20, 2012

Gambar Nikah Ally Iskandar Lagi







Sumber: Pelbagai rakan Blog, rakan perseorangan dan yang mengenali pengantin baru ini


Gambar Perkahwinan Ally Iskandar Dan Blogger Farah Lee



Kredit gambar : Twitter @ellarif


 Sumber: Twitter @ellarif

Tepat jam 10.03 minit pagi tadi, pengacara MHI tv3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah selamat diijab kabulkan dengan Nurfarahin Binti Romli, 22 yang diadakan di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Manakala, Nurfarahin atau Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Dianggar lebih 100 jemputan yang hadir di Masjid Kristal ini bagi menyaksikan pasangan pegantin.


Ally Iskandar & Farah Lee Selamat Dinikahkan Di Masjid Kristal, Kuala Terengganu


 persiapan sekitar Majlis Akad Nikah pengacara Ally Iskandar dan Farah Lee 
Sumber: twitter @ellarif



Gambar atas ni kredit kepada blogger farahinlee (isteri Ally Iskandar), dalam maksudnya tu kan. Agaknya, itu ke cincin merisik / tunang pemberian Ally Iskandar.

Btw, TAHNIAH buat blogger Farah Lee dan pasanganya Pengacara MHI TV3, Ally Iskandar. Pasangan mempelai ini selamat diijab kabulkan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu sekitar jam 10 pagi tadi. Alhamdullilah, Mungkin inilah pilihan terbaik untuk Ally Iskandar setelah melalui pelbagai ujian dan gosip tentang kisah cintanya.

Dari pandangan mata kasar kasihsalina, Farah Lee seorang yang sangat memang teguh kepada agama berdsarkan dari isi hati melalui penulisan di blog miliknya. Beliau juga ada menyatakan akan bercinta selepas kawin.

Address blog Blogger Farah Lee : http://farahinlee.blogspot.com



Monday, January 16, 2012

[Tahniah] Farah Lee Pilihan Cun Buat Ally Iskandar


Terkejut juga bila mendengar yang pengacara MHI, Ally Iskandar akan bernikah 20 Januari 2012 nanti dan khabarnya Farah Lee (calon isteri Ally) adalah pilihan keluarga Ally Iskandar. Agaknya Ally nak bercinta selepas kawin kot kerana tempoh perkenalan mereka berdua sangat singkat, namun bagi Ally, itulah yang menyeronokkan. Baguslah, dapat elak maksiat bercinta selepas kawin.

Majlis pernikahan bukannya bakal berlangsung di rumah keluarga Farah Lee tetapi di sebuah lokasi lain yang dirahsiakan. Beza usia Ally Iskandar dan Farah Lee ialah 13 tahun. Ally tahun ini berusia 36 tahun sementara Farah Lee pula baru berusia 23 tahun. Perbezaan usia tidak pernah menjadi penghalang dalam soal perkahwinan. Perempuan juga digalakkan mencari suami yang lebih berusia supaya matang berfikir dan pandai bertindak dalam menangani isu rumah tangga. 

Menurut Ally, pertama kali mereka berjumpa, beliau melahirkan hasrat hati dan kemudiannya Farah pula sudi menyambut hasratnya. Mereka tidak berdating, sebaliknya Farah datang bersama kawan dan Ally pula ditemani ibu dan adiknya. 
Selepas berkahwin nanti, Ally kena hantar bakal isterinya balik ke Korea kerana sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti dan dalam masa yang sama pasangan ini akan berbulan madu di Korea.

Tahniah Buat Ally Iskandar & Farah Lee, semoga bahagia hingga akhir hayat.



Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...