Monday, March 19, 2012

Model / Ikon Muslimah Hajah Sharifah Khasif Fadzilah



Inilah wajah model atau ikon Muslimah yang kasih salina maksudkan iaitu Hajah SHARIFAH KHASIF FADZILAH BT SYED MOHD BADIUZZAMAN AL-YAHYA. Tapi janganlah tersalah anggap plak, gelaran tu aku jer yang suka-suka bagi sebab terlampau minat dengan dia. Sharifah Khasif merupakan idola atau sumber inspirasi aku untuk berjaya dan bukannya bermakna orang-orang lain yang berjaya itu tidak bagus, tetapi aku suka dengan keperibadiaan, keterampilan, kerjaya, kejayaan yang dikecapi dan penglibatan beliau dalam hal keislaman. Oleh kerana mengagumi beliau jugalah aku bagi nama anak aku Nur Kashif Aliya (anak no.2) sempena nama beliau. Menurut kawan hubby aku juga memang nama Kashif atau Khasif banyak diguna pakai oleh orang Yemen.

Kalo ada sesiapa yang menonton Nona TV3 kemarin, pasti akan mendapat Tip iaitu doa supaya orang sekeliling kita menyenangi kehadiran kita kan. Bagi yang terlepas boleh like FB Sharifah Khasif untuk dapatkan doa tersebut.

Seawal umur 4 tahun beliau sudah membaca al-quran mendalami ilmu Taranum dan mendapat tunjuk ajar daripada bapa beliau sendiri. Bermula umur 7 tahun beliau sudah berjinak-jinak menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran. Sungguh bertuah beliau kerana disuruh bapanya membaca Al-Quran 5 kali sehari iaitu selepas setiap kali solat. Beliau juga melakukan aktiviti riadah seperti ke Gym dan berenang untuk mengekalkan stamina dan menjaga mutu suara apabila beliau memperdengarkan bacaan Al-Quran. 

Hobi beliau mengumpul arca-arca kapal terbang setiap negara asing yang beliau lawati atas undangan rasmi. Sungguh bertuah beliau kerana sering mengunjungi negara asing untuk memenuhi undangan, itulah yang dinamakan berkat mendalami Al-Quran. Siapa kata wanita muslimah tidak cantik & daif dalam memperagakan pakaian. Lihat saja pada Sharifah Khasif yang sentiasa anggun dan bergaya dalam penampilan busana muslimah. 

Kenangan bersama arwah Walid beliau yang sentiasa menemani untuk menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran.

BIODATA - : 

Lahir pada 5 Ogos 1982 di Ipoh, Perak dan merupakan anak kedua daripada 3 beradik yang berketurunan Hadramaut, Yemen. 

PENDIDIKAN & PEKERJAAN - : 

Ijazah Sarjana Muda Kewangan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Master in Psychology, UITM (semasa) Pengiktirafan Sanad (sandaran) Al Quran dari Syeikh Fathi Hasan Mohamad Hasan Al-Maliji, Mesir PENGALAMAN PEKERJAAN Pegawai Operasi Saluran Astro Oasis (~ May 2010) Pengacara (program keislaman) –TV Program Akademi Al-Quran Musim ke-4, TV9 (2010) Program “Kalam Suci” di TV Astro Oasis Segmen Khas “Remaja bersama Al Quran” Program “Nasi Lemak Kopi O “ di TV9 – 2009-2010

JAWATAN SEKARANG CEO, Sharifahkhasif Production Sdn Bhd, Ampang, Kuala Lumpur. Kaunselor di salah sebuah jabatan berkanun. Penceramah Tetap Radio Malaysia Perak

AKTIVITI KHAS- PENCERAMAH TETAP - RADIO Segmen Khas “Seni Al Quran” di Radio Ipoh, Perak FM pada setiap hari Sabtu, 4-5pm PENSYARAH KHAS QURAN DAN TARANNUM Pensyarah khas Quran dan tarannum di Perak pada setiap hujung minggu Pengajian Al-Quran di Teknology Park Malaysia (TPM) Pensyarah Khas Quran Centre, Damansara dan Cheras

PENCAPAIAN DI TILAWAH AL-QURAN- Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009 Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009   Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2008   Naib Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2008

Naib Johan Akademi Al-Quran ke-3 , TV9  2008   Johan Tilawah Peringkat Kebangsaan anjuran TNB 1989-1999 (10 tahun berturut-turut)  Tokoh Nuzul Al-Quran Remaja Kebangsaan 1994   Tokoh Nuzul Al-Quran Universiti Tenaga Nasional 2007   Tokoh Ma’al Hijrah Remaja RTM  2004, 2005 & 2006.

Jemputan Khas ke majlis rasmi di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Kebajikan Masyarakat Mewakili Negara & Jemputan Khas ke Vienna, Austria (2010) Mewakili Negara & Jemputan Khas ke Indonesia (2010) Mewakili Negara & Jemputan Khas ke Afrika Selatan (2010) Hakim Antarabangsa di Majlis Tilawah Al-Quran, Indonesia (2010)

13 comments:

YatieOwner said...

ada tgk beliau kat nona kemarin :) sgt² sweet dan manja orgnya kan. :)

Kakzakie Purvit said...

Malam tadi rancangan adik-adikku dia jadi idola adik yg menjadi johan program tersebut. Tarannum dia memang tip-top... kakak pun suka dia.

dear anies said...

yap br mlm td tgk kt tv1..lain la muka dia berbanding ms kt AQ

Unknown said...

akak memang suka dgr beliau membaca Al Quran...

Tapi cuma satu..kalau tudung beliau lebih labuh mentup paras dada lebih bagus..betul2 ikon muslimah...:)

Kasih Salina said...

@nyanyisunyi:sy pun perasan juga beliau bertudung selalu nmpak seksi la kita katakan..tapi rasanya lebih baik daripada Hajah Siti Nurhaliza yang membina masjid tersrgam indah tapi diri sendiri tidak menutup aurat.

MulutPayau said...

akak pun minat ngan beliau....

zati embong said...

a ah jat tgk nona semalam.kagum sgt tgk dia. O.o

YATZAKIE said...

saya pon suka dia kak... =) salam kenal..nama anak kita samela kak... Qistina..hehe

dwatyKNY said...

saya ada tengok nona hari tu... suka dengan hjh ni... mula2 ingatkan org arab... hehehe

ummiross said...

ummi pun kagum dengan pencapaian dan keperibadian Sharifah ni,suka sangat dengar beliau membaca Al Quran.

Rina Rahamat said...

oh ada mix ya pttla wajah dia lain sikit..nk pi like lah fan page dia :)

dhiera zainudin said...

profil dia sangat mengkagum kan~

mama aini said...

assalam salina..maaf mama baru kesini arini..mama takberapa sihat sikit hu2x..nampak lain wajah sharifah skrg ni kat tv..dulu masa AQ lain..ehem semakin cantik & berseri..mama suka suara dia bila mengaji..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...