Showing posts with label Majlis Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Majlis Ilmu. Show all posts

Monday, June 11, 2012

(Video & Cerita) Kisah Benar Anak Paderi Di Sabah Memeluk Islam

Keluarga peluk Islam selepas 7 tahun - Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz (Bhg 1)

  Keluarga peluk Islam selepas 7 tahun - Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz (Bhg 2)



Saya merayu dengan ANDA SEMUA dengarlah kisah dan ceramah ini sehingga habis sebab kita Islam sejak lahir lagi pun belum tentu yakin dan cekalnya hati kita untuk memperjuangkan Agama Islam. Tetapi saudara baru ini hebat sekali keyakinannya terhadap Allah swt.

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. 

Untuk baca lebih lanjut kisah Bagaimana Ustaz Farhan memeluk Islam, Sila Klik Link ini Kisah Benar Anak Paderi Di Sabah Memeluk Islam

 

Saturday, June 9, 2012

(Tahniah) Qari Muhamad Anuar Ghazali dan Qariah Che Minah Che Awang Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-55



Qari dari Kelantan, Muhamad Anuar Ghazali dan Qariah dari Wilayah Persekutuan, Che Minah Che Awang masing-masing diumumkan johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-55 di sini Jumaat.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan ibadat haji beserta cenderamata dan sijil penyertaan.

Muhammad Anuar, 36, seorang guru pendidikan Islam memperoleh markah 93.66 peratus manakala Che Minah, 57, guru al-Quran pula memperoleh 84.33 peratus.

Negeri Pahang pula diumumkan sebagai johan keseluruhan majlis tilawah tersebut.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sementara itu, naib johan pula ialah qari dari Pahang, Zul-Hasyimi Mohamed Yunus (87.99 peratus) dan qariah dari Sabah, Nur Faten Izzati Rablin (79 peratus).

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM7,000, pakej menunaikan ibadat haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula qari dari Sabah, Mohamad Raffe Ghalil Abbas (86.68 peratus) dan qariah dari Kedah, Marzian Mohd Deli (78.67 peratus).

Mereka menerima wang tunai RM5,000, pakej menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim dan kerabat diraja lain turut berkenan berangkat ke majlis tilawah itu yang berlangsung di Persada Johor di sini.

Selain itu majlis tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman serta isteri Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin.

Seramai 27 qari dan qariah menyertai tilawah yang berlangsung selama limahari sejak Isnin lalu dan bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'. - BERNAMA

Sunday, May 6, 2012

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bulan Mei 2012


Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Di sini, kasihsalina.com ada sedikit info untuk dikongsi bersama, bagi yang ada masa lapang dan berminat untuk mendengar ceramah Ustaz Azhir Idrus (UAI), sila rujuk jadual Kuliah Ustaz Azhar untuk Bulan Mei 2012 seperti di bawah:





Saturday, May 5, 2012

Jom Bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI) @ Karnival Jom ke Masjid & Expo Usahawan Muslim





Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Kepada peminat-peminat UAI, orang-orang ganu kite dan kawasan sekitarnya, jom ramai-ramai malam ni berkunjung dan mendengar sesi soal jawab agama sempena 'Karnival Jom ke Masjid & expo Usahawan Muslim' bertempat di Masjid Jamek, Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

Info di sini:

Tarikh : 5.5.2012
Jam: 9.30 malam
Sesi : soal jawab agama
Program : 'Karnival Jom ke Masjid & expo Usahawan Muslim'
Tetamu bersama : Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Tempat : Masjid Jamek, Pengadang Baru, Kuala Terengganu

p/s: Pergi ke Masjid solat Maghrib & Isya dulu, baru dengar soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus.




Monday, March 19, 2012

Model / Ikon Muslimah Hajah Sharifah Khasif Fadzilah



Inilah wajah model atau ikon Muslimah yang kasih salina maksudkan iaitu Hajah SHARIFAH KHASIF FADZILAH BT SYED MOHD BADIUZZAMAN AL-YAHYA. Tapi janganlah tersalah anggap plak, gelaran tu aku jer yang suka-suka bagi sebab terlampau minat dengan dia. Sharifah Khasif merupakan idola atau sumber inspirasi aku untuk berjaya dan bukannya bermakna orang-orang lain yang berjaya itu tidak bagus, tetapi aku suka dengan keperibadiaan, keterampilan, kerjaya, kejayaan yang dikecapi dan penglibatan beliau dalam hal keislaman. Oleh kerana mengagumi beliau jugalah aku bagi nama anak aku Nur Kashif Aliya (anak no.2) sempena nama beliau. Menurut kawan hubby aku juga memang nama Kashif atau Khasif banyak diguna pakai oleh orang Yemen.

Kalo ada sesiapa yang menonton Nona TV3 kemarin, pasti akan mendapat Tip iaitu doa supaya orang sekeliling kita menyenangi kehadiran kita kan. Bagi yang terlepas boleh like FB Sharifah Khasif untuk dapatkan doa tersebut.

Seawal umur 4 tahun beliau sudah membaca al-quran mendalami ilmu Taranum dan mendapat tunjuk ajar daripada bapa beliau sendiri. Bermula umur 7 tahun beliau sudah berjinak-jinak menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran. Sungguh bertuah beliau kerana disuruh bapanya membaca Al-Quran 5 kali sehari iaitu selepas setiap kali solat. Beliau juga melakukan aktiviti riadah seperti ke Gym dan berenang untuk mengekalkan stamina dan menjaga mutu suara apabila beliau memperdengarkan bacaan Al-Quran. 

Hobi beliau mengumpul arca-arca kapal terbang setiap negara asing yang beliau lawati atas undangan rasmi. Sungguh bertuah beliau kerana sering mengunjungi negara asing untuk memenuhi undangan, itulah yang dinamakan berkat mendalami Al-Quran. Siapa kata wanita muslimah tidak cantik & daif dalam memperagakan pakaian. Lihat saja pada Sharifah Khasif yang sentiasa anggun dan bergaya dalam penampilan busana muslimah. 

Kenangan bersama arwah Walid beliau yang sentiasa menemani untuk menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran.

BIODATA - : 

Lahir pada 5 Ogos 1982 di Ipoh, Perak dan merupakan anak kedua daripada 3 beradik yang berketurunan Hadramaut, Yemen. 

PENDIDIKAN & PEKERJAAN - : 

Ijazah Sarjana Muda Kewangan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Master in Psychology, UITM (semasa) Pengiktirafan Sanad (sandaran) Al Quran dari Syeikh Fathi Hasan Mohamad Hasan Al-Maliji, Mesir PENGALAMAN PEKERJAAN Pegawai Operasi Saluran Astro Oasis (~ May 2010) Pengacara (program keislaman) –TV Program Akademi Al-Quran Musim ke-4, TV9 (2010) Program “Kalam Suci” di TV Astro Oasis Segmen Khas “Remaja bersama Al Quran” Program “Nasi Lemak Kopi O “ di TV9 – 2009-2010

JAWATAN SEKARANG CEO, Sharifahkhasif Production Sdn Bhd, Ampang, Kuala Lumpur. Kaunselor di salah sebuah jabatan berkanun. Penceramah Tetap Radio Malaysia Perak

AKTIVITI KHAS- PENCERAMAH TETAP - RADIO Segmen Khas “Seni Al Quran” di Radio Ipoh, Perak FM pada setiap hari Sabtu, 4-5pm PENSYARAH KHAS QURAN DAN TARANNUM Pensyarah khas Quran dan tarannum di Perak pada setiap hujung minggu Pengajian Al-Quran di Teknology Park Malaysia (TPM) Pensyarah Khas Quran Centre, Damansara dan Cheras

PENCAPAIAN DI TILAWAH AL-QURAN- Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009 Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009   Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2008   Naib Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2008

Naib Johan Akademi Al-Quran ke-3 , TV9  2008   Johan Tilawah Peringkat Kebangsaan anjuran TNB 1989-1999 (10 tahun berturut-turut)  Tokoh Nuzul Al-Quran Remaja Kebangsaan 1994   Tokoh Nuzul Al-Quran Universiti Tenaga Nasional 2007   Tokoh Ma’al Hijrah Remaja RTM  2004, 2005 & 2006.

Jemputan Khas ke majlis rasmi di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Kebajikan Masyarakat Mewakili Negara & Jemputan Khas ke Vienna, Austria (2010) Mewakili Negara & Jemputan Khas ke Indonesia (2010) Mewakili Negara & Jemputan Khas ke Afrika Selatan (2010) Hakim Antarabangsa di Majlis Tilawah Al-Quran, Indonesia (2010)

Friday, March 16, 2012

Forum Bersama Sham Kamikaze dan Sheikh Faisol Omar



Forum melibatkan gitaris terkenal Sham Kamikaze akan diadakan di Maktab Pengajian Islam Kedah, Kodiang pada Isnin ini (26 Mac 2012) atau seperti informasi pada banner di atas. Penduduk berdekatan sekitar Kubang Pasu ini..ataupun Perlis bolehlah datang beramai-ramai.

Insya-Allah majlis ini akan berkongsi apa sahaja berkaitan pengalaman saudara Sham, tentu saja berkisar kepada persoalan agama dan perkara yang berkaitan. Majlis ilmu ini juga akan mengundang Sheikh Faisol Hj Omar yang amat dikenali di utara ini khususnya di negeri Kedah sendiri.

Jom kita Share!

Wednesday, February 1, 2012

Penangan Ustaz Azhar Idrus di Masjid Shah Alam


Siapa tak kenal Ustaz Azhar Idrus..sila angkat tangan! Kredit kepada semua jurugambar terlibat...sama2 kita kongsikan kebaikan, seperti kata Dr Tengku Asmadi (Pakar Motivasi yang selalu masuk Tv tu)..dia heran faham ker orang yg dengar ceramah Ustaz Azhar ni (loghat Terengganu), sampaikan mampu tarik ramai golongan muda untuk ramai-ramai (beribu-ribu) datang ke setiap ceramah agama dianjurkan. 

Apapun kesimpulannya, walau apa pun fahaman politik Ustaz Azhar ni, atau tak kira pedas atau payau kritikan beliau terhadap pihak tertentu..harapnya dari segi soal agama Islam..kita sama2 menyokong usaha beliau yang mampu menarik minat budak2 muda, belia remaja ni. Sebabnya beliau tak masuk pun dalam Forum Perdana di RTM, program Tanyalah Ustaz di TV9 ataupun siaran Al-Kuliyyah TV3..tapi macam mana daya tarikan beliau begitu hebat?..Aku rasa kalau letak Datuk Fadzillah Kamsah, Ustaz Hassan Din atau mana-mana penceramah tetap dalam mana2 TV sekalipun tak tentu lagi dapat tarik seramai ni..

Bawah ni aku tempek gambar2 Ustaz Azhar diserbu orang ramai yang berpusu-pusu ke Masjid Shah Alam dan ketika sesi ceramah...pada 29 Januari 2012 (tarikh yang sama AJL di TV3)...



Monday, January 16, 2012

Ustaz Azhar Idrus (UAI)


Siapa kenal Ustaz ni? Ustaz ni ada yang panggil Ustaz Sempoi dan ada yang panggil macam2 gelaran ringkas seperti UAI. Haa, itulah penangan Ustaz Azhar Idrus yang dikatakan oleh kasihsalina sebagai 'berjiwa muda, berdakwah mudah'. Anak-anak muda kini semakin ramai 'mendekati' ustaz ni baik secara berdepan mahupun di depan komputer, yakni melalui FB, youtube, blog dan banyak lagi. Malah ramai juga melihat dakwah beliau seperti 'main-main' jer lantaran banyak klip2 pendek dalam youtube yang diupload cuma diambil bahagian yang ada lawak jenaka sahaja, sedangkan sepanjang 1-2 jam lebih ceramah beliau di masjid dan surau atau mana-mana majlis ilmu merangkumi banyak perkara dan persoalan agama yang sebenarnya serius dan perlu dipandang serius juga. Lawak tu hanya selingan katanya, supaya hadirin dan hadirat tidak terhangguk-hangguk, tergeleng-geleng. Apapun ustaz Azhar telah membawa satu fenomena baru dalam urusan berdakwah dan banyak mendekati orang2 muda yang dahulunya belum tentu lagi ingat nama ustaz yang mengajar Kafa ketika masih bersekolah dahulu.

Wednesday, December 14, 2011

[Gambar] Sham Kamikaze di UUM Sempena Forum Maal Hijrah

tu dia ehh..beria-ia jer Encik Papankey ni nak jumpa dengan Ustaz Sham Kamikaze ni.. dah la dapat tau Sham ke UUM last minit.. ibu juga yang melepas nak dengar ceramah Sham ni.. ibu teringin juga nak ikut, tapi mengenangkan anak-anak yang liat nak bangun pagi, lemah semangat nak ikut abah dengar forum Maal Hijrah kat Pusat Islam, UUM. Encik Papankey cakap, seronok dengar ceramah Sham. Akhirnya tercapai jugak hasrat abah nak jumpa dia..






Tuesday, December 13, 2011

Facebook Ustaz dan Ustazah Terkenal Malaysia


 Kepada yang tercari-cari FB sebenar ustaz dan ustazah terkenal di Malaysia, aku dah susun ikut yang paling banyak peminat...sila cari/ search FB guna nama tertera di bawah. Dalam kurungan tu adalah jumlah peminat yang LIKE mereka setakat post ini ditulis pada 13 Disember 2011. Untuk rujukan, bukan ranking dikejar, bukan nama di cari, bahkan bukan rupa dipuja, tetapi demi ilmu yang bermanfaat dan diberkati Allah.

Siti Norbahyah (729,270)
 Cari FB Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood

Dr. Zahazan Mohamed (454,047)
Cari FB Ustaz Zahazan Mohamed
Ustaz Zamri Zainudin (427,392)
Cari FB Ustaz Zamri
Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh (348,968)
 Cari FB Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (292,759) 
Cari FB Zaharuddin.net

Ustaz Azhar Idrus (247,338)
Cari FB Ustaz Azhar Idrus (Original)

Friday, December 2, 2011

Juara Ustazah Pilihan Musim Pertama Milik Ustazah Firus

 kredit gambar: budiey.com

Ustazah Firus atau nama sebenarnya Firus Akhtar Mohamad Bohari, 27, yang berasal dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara sulung Ustazah pilihan dengan mengalahkan pesaing terdekatnya, Nurul Hidayah Kamarudin, 26 yang menduduki tempat kedua.

Juara Ustazah Pilihan akan menerima tajaan biasiswa di Universiti Al-Madinah oleh Yayasan Aminah, pakej haji dan umrah tajaan Al-Riyadh and Travel dan sebuah kereta Peugeot 207.

Selain itu, Ustazah Firus turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 sumbangan Astro, RM5,000 sumbangan Bank Islam dan beberapa hadiah sampingan lain.

Ustazah Firus mempunyai Sarjana Pengajian Islam dan Timur Tengah dari Universiti Washington dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Parsi dari Universiti Al-Zahra, Iran.

Kata-kata semangat dari Ustazah Firus :

"Sejujurnya jika hendak dibandingkan dengan peserta lain mereka juga hebat-hebat belaka."

"Tambahan pula saya tidak mempunyai pendidikan khusus peringkat universiti dalam bidang pengajian agama. Namun rezeki berpihak kepada saya malam ini," ujarnya.

"Saya mengharapkan melalui kemenangan ini akan menjadi batu loncatan buat saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat mengenai Islam," katanya lagi.

Ibu beliau, Aishah Mohd Said, 56, berkata, anaknya itu seorang yang pandai berdikari dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Beliau juga merupakan seorang yang ringkas, berdikari dan suka berusaha tanpa membebankan orang lain.

* p/s: Kami juga mengharapkan anak2 kami akan mengikut jejak langkah Ustazah Firus dan menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan juga akhirat..

Tuesday, August 16, 2011

Halaqah Sentuhan Kalbu TV9 Dekat Dihati

Tetamu studio yang tersentuh emosinya
Setiap hari Selasa, jam 10 malam, rancangan TV9 Halaqah Sentuhan Kalbu memang menyentuh hati dan kalbu bagi sesiapa yang menontonnya. Episod yang aku tengok tadi bertajuk 'balung ayam' ataupun lebih tepat lagi budaya punk yang memang menjadi trend dan budaya anak-anak muda di bandar-bandar besar. Halaqah Sentuhan Kalbu musin kedua ini banyak menyentuh kisah-kisah remaja.

Sangat bagus sekali apabila kisah-kisah remaja diberi penekanan kerana remaja kita sekarang sudah ramai yang makin sesat dan jauh menyimpang dari adat, budaya dan agama Islam. Sudah lumrah sikap remaja naluri ingin tahu nya amat kuat sehingga sanggup mencuba benda yang menyalahi tata cara kita sebagai orang Islam.

Justeru itu, sebagai ibu bapa, sama-samalah kita mendidik dan mengajak anak kita ke arah kebaikan dengan menunjukkan sikap dan teladan yang baik kepada anak-anak. Ibarat kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Begitu juga, pada bulan Ramadhan ni, semua umat Islam menunaikan ibadat puasa, tetapi tidak semua umat Islam menunaikan solat fardhu yang wajib bagi kita lakukan sebagai umat Islam. Renung-renungkan lah...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...