Friday, December 2, 2011

Juara Ustazah Pilihan Musim Pertama Milik Ustazah Firus

 kredit gambar: budiey.com

Ustazah Firus atau nama sebenarnya Firus Akhtar Mohamad Bohari, 27, yang berasal dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara sulung Ustazah pilihan dengan mengalahkan pesaing terdekatnya, Nurul Hidayah Kamarudin, 26 yang menduduki tempat kedua.

Juara Ustazah Pilihan akan menerima tajaan biasiswa di Universiti Al-Madinah oleh Yayasan Aminah, pakej haji dan umrah tajaan Al-Riyadh and Travel dan sebuah kereta Peugeot 207.

Selain itu, Ustazah Firus turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 sumbangan Astro, RM5,000 sumbangan Bank Islam dan beberapa hadiah sampingan lain.

Ustazah Firus mempunyai Sarjana Pengajian Islam dan Timur Tengah dari Universiti Washington dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Parsi dari Universiti Al-Zahra, Iran.

Kata-kata semangat dari Ustazah Firus :

"Sejujurnya jika hendak dibandingkan dengan peserta lain mereka juga hebat-hebat belaka."

"Tambahan pula saya tidak mempunyai pendidikan khusus peringkat universiti dalam bidang pengajian agama. Namun rezeki berpihak kepada saya malam ini," ujarnya.

"Saya mengharapkan melalui kemenangan ini akan menjadi batu loncatan buat saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat mengenai Islam," katanya lagi.

Ibu beliau, Aishah Mohd Said, 56, berkata, anaknya itu seorang yang pandai berdikari dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Beliau juga merupakan seorang yang ringkas, berdikari dan suka berusaha tanpa membebankan orang lain.

* p/s: Kami juga mengharapkan anak2 kami akan mengikut jejak langkah Ustazah Firus dan menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan juga akhirat..

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...